Skip to main content

Coretan Pertama





Assalamualaikum, Hi

Salam Perkenalan,

Sekian lama, minat menulis ingin dikongsi untuk manfaat.

Tapi makin nak menulis, makin rasa tidak layak.

Makin nak dikongsi, makin terfikir "betul ke bermanfaat?"

Yang menilai, bukan aku, bukan kalian.

Walau aku tahu, yang membacanya sudah pasti manusia. (kalianlah ^^)

Namun, hanya Dia yang menggerak kan jiwa, yang melunturkan rasa,

Hanya Dia, pemilik sebenar hati kita.

Jika Dia izin, maka terpanalah hatimu dengan tinta kata.

Jika tidak Dia izin, membeku begitu sahaja...malah mungkin membenci.

Kata-kata aku juga, diillhamkan Dia.

Jadi tiada apapun milik sesiapa. ahah.

Tapi tahukah kalian baiknya Dia,

Diilhamkan pada hambaNya kata-kata (yang baik) sekali dengan simbahan pahala.



"Jika kamu bukan anak raja, dan engkau bukan anak ulama' besar, maka jadilah penulis"

  - - Imam Al-Ghazali --



KATA


Kata,
Adakala penyejuk jiwa,
Yang mahunya hanya gundah gulana,
Bersama semaian cinta,
Hiduplah ia tanpa retorika.

Kata,
Adakala pembunuh raga,
Terus dimamah tanpa sengaja,
Tanpa jelas ia meronta,
Sekali dipanah tiada sembuhnya.

Kata,
Susunan tinta dan minda,
Tuntuan iman perlu di sangga,
Jaga "nawaitu" walau di cerca,
Kerna yang tahu hanyalah Dia.

-SuZ-


140319
09:59
7 Rejab 1440H

-Moga Bermanfaat-

Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...