Skip to main content

Posts

Showing posts with the label journey

Reviu Buku : Backpack Brunei, Datang Disambut Taufan

Satu lagi buku, yang dimiliki hasil daripada menjawab kuiz di salah satu program dalam talian. Bermula daripada mendapat parsel hadiah sahaja, terus aku buka buku ini. Selesai dibaca. Tak tebal tak nipis bukunya. Kertas cetakan yang digunakan pun adalah kertas kegemaran aku. Pelik kan? jenis kertas pun boleh jadi kegemaran. Entah kenapa, setiap kali menghidu bau kertas tersebut, terus rasa nostalgia. Sebab kertas tu, pernah satu ketika digunakan di zaman persekolahan. Bila kertas putih dan fotostate dah bermula, lenyap dah kertas tu dari zaman persekolahan. Dulu aku panggil kertas giling je. Tapi sekarang, banyak digunakan untuk cetakan novel-novel dan buku fiksi. Baru aku tahu namanya, kertas 'bookpaper' ataupun storaenso. Benda wajib buat setiap kali jumpa buku dengan cetakan kertas ni, hidu dulu...baru baca. Okay bebel bab kertas je dah berjela. Apa kisahnya buku ini? Sudah pastinya kisah perjalanan penulis ke Brunei. Ini adalah reviu hasil daripada ulang baca. Kali pertama ...

Puisi hati

  Picture form Pinterest Assalamualaikum, Aku melihat lihat tulisan lama. Apa yang aku sembangkan? Apa yang aku cuba sampaikan? Apa aksara-aksara aku ini ada pembacanya? Alhamdulillah... Ia sampai kepada pembaca Lalu aku belek lagi, tiada tulisan tahun 2021 Apa lagi berdialog dengan diri sendiri "Amboi Su, senang lenang nampaknya. Tiada pertambahan tulisan. Kau pernah katakan, kau menulis kerana ia abadi. Menulis itu satu perjuangan. Kenapa kau berhenti menulis di medium ni? Memang kalahlah diri aku dengan kata hati. Lalu aku klik butang NEW POST Aku tarik satu buku kegemaran, mencari cari idea Memaksa diri menulis Buku kegemaran aku ditarik Sajak Kepada Tuhan  (Faisal Mat Zawi) Siapa kata, menulis puisi dan sajak hanya kata-kata tidak berlagu namun beritma yang hanya ditulis untuk kekasih. Untuk rasa cinta. Kata-kata puitis yang membelai jiwa. Siapa kata? Aku telah menemui satu buku kumpulan puisi yang dekat dengan penulisan puisi yang ingin aku ketengahkan selama ini. Ia ada...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...