Skip to main content

Reviu Buku : Backpack Brunei, Datang Disambut Taufan




Satu lagi buku, yang dimiliki hasil daripada menjawab kuiz di salah satu program dalam talian. Bermula daripada mendapat parsel hadiah sahaja, terus aku buka buku ini. Selesai dibaca. Tak tebal tak nipis bukunya. Kertas cetakan yang digunakan pun adalah kertas kegemaran aku. Pelik kan? jenis kertas pun boleh jadi kegemaran. Entah kenapa, setiap kali menghidu bau kertas tersebut, terus rasa nostalgia. Sebab kertas tu, pernah satu ketika digunakan di zaman persekolahan. Bila kertas putih dan fotostate dah bermula, lenyap dah kertas tu dari zaman persekolahan.


Dulu aku panggil kertas giling je. Tapi sekarang, banyak digunakan untuk cetakan novel-novel dan buku fiksi. Baru aku tahu namanya, kertas 'bookpaper' ataupun storaenso. Benda wajib buat setiap kali jumpa buku dengan cetakan kertas ni, hidu dulu...baru baca.

Okay bebel bab kertas je dah berjela.

Apa kisahnya buku ini?
Sudah pastinya kisah perjalanan penulis ke Brunei.
Ini adalah reviu hasil daripada ulang baca. Kali pertama baca, tidak lah menghayati seperti kali kedua. Sampai tumpah juga air mata. Penulis hadapi waktu yang sukar sejak bermulanya perjalanan lagi. Nyawa hampir melayang saat berada di atas kapal terbang. Akibat daripada angin taufan yang kuat, kapal terbang tidak boleh mendarat dan berlegar di ruang udara dalam keadaan terhuyung hayang lebih daripada 30 minit. MasyaAllah, sudah pasti hanya kematian yang diingati waktu tu.
.
Penulis tidak langsung menulis kisah sedih dalam buku travelog ini, tapi bila membayangkan keadaan penumpang kapal terbang yang bertakbir dan berzikir di mulut saat berlakunya kejadian tu, terus rasa sebak. Betapa manusia ini lemah. Tiada daya upaya melainkan pertolongan daripada Allah. Saat begitu, sekelip mata sahaja kapal terbang yang dikata burung gergasi itu boleh terhempas. Maka, hanya kepada Allah hambaNya meminta pertolongan, Sang Pemilik nyawa.

Apa jadi kepada penulis di ruang udara tu? Tak mahulah nak spoil.
Teruskan dengan perjalanan penulis ke sekitar Brunei. Selain daripada kaya budaya dan perkara unik, Brunei juga miliki rakyat yang kaya budi bahasa. Antara situasi yang jarang dijumpai di Malaysia, Istana raja mereka sering digunakan untuk program memberi bantuan, jamuan raya dan sebagainya. Begitu rapat raja mereka dengan rakyat.

Banyak lagi penceritaan tempat-tempat menarik yang dilawati oleh penulis dimuatkan dalam buku ini..antaranya Kampung Ayer, Pasar Gadong, Pesta buku Brunei, Masjid di Brunei, etc. Segalanya jelas dan dapat digambarkan. Begitulah seronoknya membaca buku-buku travelog. Pemusafiran minda yang boleh memberi pengajaran bukan hanya kepada pemusafir malah yang membaca.

SELAMAT MEMBACA

Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...