Skip to main content

Hero Cinta


Assalamualaikum, Hi,

Salam Jumaat.

Salam Cinta.

Okay, hari cerah, sedikit redup tambah angin sepoi-sepoi bahasa ni,

Nak berceritera tentang Cinta.

Kenapa berkerut? apa cinta itu satu dosa ke untuk diperkatakan?

Tiada dosanya, jika benar sandaran dan saluran.

Fitrah, pernah dengar perkataan tu?

Ya! Cinta itu adalah fitrah.

Kalian rasa, kalian mahu, jadi kalian adalah manusia.

Jika kita dilahirkan sebagai manusia, yang di mana memang atas pilihan kita sendiri,

Maka bersedialah untuk merasa Cinta.

Bersedialah untuk terkadang kecewa kerananya.

Tapi semua tahu cinta kepada Pencipta memang tidak pernah dikecewa.

Namun ada satu cinta kepada manusia, yang juga kau akan merasa bahagia.

Tanpa dusta kata dan bicara.

Siapakah pemilik cinta sebenar kita?


HERO CINTA


Cinta Ibuayah, redha Illahi
Cinta Sahabat, makhluk penyeri
Cinta Guru, budi pekerti
Cinta Saudara, fitrah manusiawi
Semuanya lahir daripada cinta Illahi
Semuanya Rasul yang ajari
Jadi yang mana satu lebih hakiki??
Tanya sendiri pada iman dan hati.

Sukar dierti seliratnya jiwa
Kemana perlu dipasak setiap rasa
Haruskah diri terus memaksa
Memahami erti cinta sebenarnya
Kekerdilan ini akhirnya menjentik minda
Tiada yang lebih layak selain baginda
Cinta yang agung kepada manusia
Hanyalah untuk sang Hero Cinta

Kau masih mencari dimana layaknya?
Mengapa kau benarkan dirimu berdusta
Semua cinta didunia, muaranya adalah cinta Allah dan Rasulnya
Lazat dan manisnya,
Hanya yang tahu dapat merasa
Betapa zaman tanpa Baginda,
Adalah suatu masa yang gelap, dingin dan seksa
Baginda diutus dengan cahaya dan cinta
Untuk ummat merasa bahagia.

Bertanya lagi si bijaksana
Bagaimana mahu merasa bahagia?
Jika aku tiada di zaman baginda?
Apa kau tak pernah membaca sirahnya?
Membuat hati perit berombak air mata
Pengorbanan baginda tiada tara
Dihujung nyawa masih memikirkan ummatnya

Kisah belum sampai ke penghujung
Pertanyaan aku pula berkunjung
Pernah sekali baginda kau sanjung?
Ketika agama Islam menjadi yang terulung
Kau nikmati keamanan agama tanpa perjuangan Rasul cuba kau sambung
Bangkitlah anak muda yang beruntung
Pesanan ini sampai atas izin Allah yang Agung

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


-SuZ-
050419
08:13

Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...