Skip to main content

Posts

Showing posts with the label menulis

Ghostwriting

Assalamualaikum, Setelah sekian lama berkira kira akan ke hadapan ke tidak mengenai Ghostwriting job yang sedang dilakukan. Atas alasan, banyak lagi ilmu perlu ditimba. Alasan, masih belum terel. Alasan lagi, aku mampu ke? Tapi setelah menerima beberapa job daripada insan-insan dekat yang percaya dengan aku. Makanya keyakinan nak kehadapan as a ghostwriter tu mula bercambah. Sebelum cerita panjang lebar, meh nak beritahu apakah itu ghostwriter? Korang boleh je google. Tapi meh aku tolong google kan.  So itulah dia ghostwriter. Aku sedang berjinak-jinak untuk menjadi salah seorang daripada mereka.   Benih memang memerlukan masa kan untuk menjadi putik dan mekar tumbuh untuk memberi manfaat. Jika dia tidak di nurture, maka dia akan berusaha pula mencari cahaya dan menerima simbahan hujan untuk tetap keluar daripada tanah agar terlihat oleh mata-mata yang memerlukan. Tapiii, jika dia tidak mampu tumbuh sendiri dek kerana hujan tidak turun-turun..di saat itu dia memerlukan nu...

Resensi Buku : Sajak Kepada Tuhan

  Assalamualaikum, Hi.   Kembali lagi dengan resensi buku. Buku yang nak di review harini, aku kirakan sebagai satu keberjayaan pembelian. Sebab aku beli buku ni secondhand dengan harga RM7 sahaja. Tambah pulak genre dia adalah kegemaran aku. Buku kumpulan puisi. Sajak kepada Tuhan tulisan Faisal Mat Zawi cetakan grup karyawan luar negara. Ada 69 puisi yang terkumpul di dalam buku ini. Memang penulisan puisi-puisinya sangat dekat dengan penulisan puisi yang aku selalu dan cuba tulis. Walaupun jauh panggang dari api juga. Yelah nak dibandingkan penulisan penulis yang dah keluar buku dengan kumpulan puisi yang berpuluh ni..dengan penulisan puisi aku yang beberapa sahaja tu memang jauh lagi perjalanan tu. Whatever it is, slowly but surely...insyaAllah.  So moving on to the book.  SAJAK KEPADA TUHAN   Puisi-puisi yang dimuatkan di dalam buku ini kebanyakannya adalah kritikan terhadap sosial masyarakat. Peringatan, pendekatan untuk tenang... harus mencari tuhan, juga...

Norma Manusia

Assalamualaikum... Salam Jumaat. Lagi sekali aku bermain dengan perasaan sendiri, Perlu terus menulis atau tidak hari ini? Sebab tulah ada yang kata, "Just write, don't think." Bermain lagi dengan fikiran, Aku bukan manusia alim mahupun muta'alim (leaner) yang bagus. Namun, aku berpatah semula. Kerana bila hanya makhluk yang sempurna layak menasihati, Maka, adakah perlu menunggu malaikat yang berkhutbah di mimbar. So yea, Today's topic........ Norma manusia, iaitu... kebiasaan insan biasa seperti kita. Itu jika diistilahkan daripada bahasa latin (mos) Tetapi jika didefinisikan mengikut bahasa Belanda (norm) Maksudnya kaedah yang menjadi petunjuk atau pedoman. Norma yang nak di panjang lebarkan di sini adalah yang membawa istilah kebiasaan manusia. Manusia, dicipta Allah mempunyai sifat-sifat yang tak boleh di elak. Tidak maksum (kecuali Rasulullah), tidak juga sempurna. Punya cacat cela, punya dosa. Itulah dia yang di namak...