Skip to main content

Norma Manusia



Assalamualaikum...

Salam Jumaat.

Lagi sekali aku bermain dengan perasaan sendiri,

Perlu terus menulis atau tidak hari ini?

Sebab tulah ada yang kata, "Just write, don't think."

Bermain lagi dengan fikiran,
Aku bukan manusia alim mahupun muta'alim (leaner) yang bagus.

Namun, aku berpatah semula.

Kerana bila hanya makhluk yang sempurna layak menasihati,

Maka, adakah perlu menunggu malaikat yang berkhutbah di mimbar.

So yea, Today's topic........

Norma manusia, iaitu... kebiasaan insan biasa seperti kita.

Itu jika diistilahkan daripada bahasa latin (mos)

Tetapi jika didefinisikan mengikut bahasa Belanda (norm)

Maksudnya kaedah yang menjadi petunjuk atau pedoman.

Norma yang nak di panjang lebarkan di sini adalah yang membawa istilah kebiasaan manusia.

Manusia, dicipta Allah mempunyai sifat-sifat yang tak boleh di elak.

Tidak maksum (kecuali Rasulullah), tidak juga sempurna.

Punya cacat cela, punya dosa.

Itulah dia yang di namakan manusia.

Kita punya cacat cela, bererti ada Yang Sempurna.

Kita punya dosa, kerana ada Yang Mengampunkan.

Jika kau jatuh, bangunlah dan yakin ada Yang Memberi Pertolongan.

Jika terperosok, perlahan - lahan berjalan semula dan teruskan berharap, pasti ada Yang Memberi Pengharapan.

Tapi sombongnya manusia mereka bertanya "di mana pertolongan?",
Tanpa sedar, yang memberi ujianlah bakal memberi pertolongan.

Angkuhnya kita sehingga persoal "Mana Tuhan?"
Lalainya kita dan hanya menunggu Hidayah.

Tidak....tiada pertolongan tanpa menadah doa
Tiada rasa bertuhan tanpa mengenaliNya
Manakan rasa datang Hidayah jika tidak dicarinya.

Maka....

Teruslah mencari hikmah, terus melunas pasrah, terus menuntun fikrah.
InsyaAllah, kau bakal melihat cahaya sebenar,
di sebalik sinar yang sirna,yang membutakan mata.


BARU SEMALAM

Baru semalam aku tangiskan hati yang buas,
Hari ini aku berdosa,
Baru semalam aku bersujud dilantai keras,
Hari ini aku tersiksa,
Baru semalam ku kagumi alam yang luas,
Harini ini aku berdusta,
Semalam dan hari ini, itu tidak lama,
Hatimu ada kimiakah? Mudah benar berubah reaksi.
Tp, itu bukan fantasi...malah realiti,
Tiada manusia yang suci, tanpa daki,
Itu pesan Illahi dan sabda nabi,
Hidup yang kau bakal jalani, tiada mawar-mawar mewangi,
Yang ada hanyalah duri-duri meranti,
Kau harus tebas dan jajahi…untuk sesuatu yang hakiki,
Kau harus kuat, kau perlu kuat,
Kejar akhirat, dunia sekadar nikmat,
Agar kau tak ulang peristiwa silam,
Agar kau tak rasa ia hanya….baru semalam. 

-SuZ-
120419
1500

Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...