Skip to main content

Posts

Showing posts with the label coretan

Reviu Buku : Backpack Brunei, Datang Disambut Taufan

Satu lagi buku, yang dimiliki hasil daripada menjawab kuiz di salah satu program dalam talian. Bermula daripada mendapat parsel hadiah sahaja, terus aku buka buku ini. Selesai dibaca. Tak tebal tak nipis bukunya. Kertas cetakan yang digunakan pun adalah kertas kegemaran aku. Pelik kan? jenis kertas pun boleh jadi kegemaran. Entah kenapa, setiap kali menghidu bau kertas tersebut, terus rasa nostalgia. Sebab kertas tu, pernah satu ketika digunakan di zaman persekolahan. Bila kertas putih dan fotostate dah bermula, lenyap dah kertas tu dari zaman persekolahan. Dulu aku panggil kertas giling je. Tapi sekarang, banyak digunakan untuk cetakan novel-novel dan buku fiksi. Baru aku tahu namanya, kertas 'bookpaper' ataupun storaenso. Benda wajib buat setiap kali jumpa buku dengan cetakan kertas ni, hidu dulu...baru baca. Okay bebel bab kertas je dah berjela. Apa kisahnya buku ini? Sudah pastinya kisah perjalanan penulis ke Brunei. Ini adalah reviu hasil daripada ulang baca. Kali pertama ...

Puisi hati

  Picture form Pinterest Assalamualaikum, Aku melihat lihat tulisan lama. Apa yang aku sembangkan? Apa yang aku cuba sampaikan? Apa aksara-aksara aku ini ada pembacanya? Alhamdulillah... Ia sampai kepada pembaca Lalu aku belek lagi, tiada tulisan tahun 2021 Apa lagi berdialog dengan diri sendiri "Amboi Su, senang lenang nampaknya. Tiada pertambahan tulisan. Kau pernah katakan, kau menulis kerana ia abadi. Menulis itu satu perjuangan. Kenapa kau berhenti menulis di medium ni? Memang kalahlah diri aku dengan kata hati. Lalu aku klik butang NEW POST Aku tarik satu buku kegemaran, mencari cari idea Memaksa diri menulis Buku kegemaran aku ditarik Sajak Kepada Tuhan  (Faisal Mat Zawi) Siapa kata, menulis puisi dan sajak hanya kata-kata tidak berlagu namun beritma yang hanya ditulis untuk kekasih. Untuk rasa cinta. Kata-kata puitis yang membelai jiwa. Siapa kata? Aku telah menemui satu buku kumpulan puisi yang dekat dengan penulisan puisi yang ingin aku ketengahkan selama ini. Ia ada...

Hujan

Assalamualaikum, Hi "Hujan adalah puisi Tuhan yang dijatuhkan antara usaha kita untuk tetap bertahan dalam rintik-rintik yang membasahi jarak dalam rintih-rintih yang melepaskan sesak" - Boy Candra- Puisi-puisi hujan, dibaca ketika hujan...di kenang kembali saat hujan berhenti hari ini, lalu turun di lain hari. Aku rasa semua yang berkisar hujan itu adalah kesukaan aku. Tak kiralah puisi ke, lagu ke, kajadiannya ke, event yang berlaku ketika hujan ke...all of it. Tapii...aku pencinta matahari juga. Suka sunrise, sunset dann sunny day pun. Buat aku berpeluh, aktif dan rasa sihat. Hujan buat aku berselubung dan tenang bersendirian. Jadi aku ni boleh dikatakan sebagai seorang pencinta weather. Mungkinnn.... atau lebih tepat, mengajar diri untuk bersyukur di setiap keadaan yang kita lalui. Menghargai setiap saat dan nikmat yang dikurniakan Allah walau apa jua keadaan. Mencari setiap kebaikan di setiap kejadian. Berdamai dengan diri dan keadaan yang kita hadapi, tanpa sedi...

Resensi Buku : Sajak Kepada Tuhan

  Assalamualaikum, Hi.   Kembali lagi dengan resensi buku. Buku yang nak di review harini, aku kirakan sebagai satu keberjayaan pembelian. Sebab aku beli buku ni secondhand dengan harga RM7 sahaja. Tambah pulak genre dia adalah kegemaran aku. Buku kumpulan puisi. Sajak kepada Tuhan tulisan Faisal Mat Zawi cetakan grup karyawan luar negara. Ada 69 puisi yang terkumpul di dalam buku ini. Memang penulisan puisi-puisinya sangat dekat dengan penulisan puisi yang aku selalu dan cuba tulis. Walaupun jauh panggang dari api juga. Yelah nak dibandingkan penulisan penulis yang dah keluar buku dengan kumpulan puisi yang berpuluh ni..dengan penulisan puisi aku yang beberapa sahaja tu memang jauh lagi perjalanan tu. Whatever it is, slowly but surely...insyaAllah.  So moving on to the book.  SAJAK KEPADA TUHAN   Puisi-puisi yang dimuatkan di dalam buku ini kebanyakannya adalah kritikan terhadap sosial masyarakat. Peringatan, pendekatan untuk tenang... harus mencari tuhan, juga...

Resensi Buku : Kitab Cinta Ulama Klasik Dunia

  Assalamualaikum, hi Nak mengisi entri Jun, so yeah. Here I am, menulis. Seperti biasa, alasan aku untuk menulis di saat aku ketiadaan mood untuk menulis pastinya dengan review buku. Ada satu buku ni, aku memang susah nak habiskan sebab aku akan keep ulang baca satu topik atau satu muka surat yang sama sebabkan apa yang nak disampaikan dan penulisan dia indah sungguh. Bila masa busy kerja pun, aku masih nak grab buku tu time dalam kereta tengah menunggu traffic light (almaklum, melaka kan negeri traffic light) or time nak rehat kejap dari kerja sambil mengopi ke. Buku ni jugak jadi pilihan.  Tajuknya Kitab Cinta Ulama Klasik Dunia ditulis oleh Muhammad Muhibbudin yang diterbitkan oleh Araska . Buku ni keluaran negara seberang, Indonesia. Jadi memang tak lari lah dengan ayat-ayat dan bahasanya yang indah. Menelusuri dan menyelami rahasia cinta para sufi dunia. Menaaarikkk sangat. Kisah cinta pertama je dah menarik. Kisah cinta Rabiatul Adawiyah. Tiada cinta yang lebih indah d...

Coretan Pertama

Assalamualaikum, Hi Salam Perkenalan, Sekian lama, minat menulis ingin dikongsi untuk manfaat. Tapi makin nak menulis, makin rasa tidak layak. Makin nak dikongsi, makin terfikir "betul ke bermanfaat?" Yang menilai, bukan aku, bukan kalian. Walau aku tahu, yang membacanya sudah pasti manusia. (kalianlah ^^) Namun, hanya Dia yang menggerak kan jiwa, yang melunturkan rasa, Hanya Dia, pemilik sebenar hati kita. Jika Dia izin, maka terpanalah hatimu dengan tinta kata. Jika tidak Dia izin, membeku begitu sahaja...malah mungkin membenci. Kata-kata aku juga, diillhamkan Dia. Jadi tiada apapun milik sesiapa. ahah. Tapi tahukah kalian baiknya Dia, Diilhamkan pada hambaNya kata-kata (yang baik) sekali dengan simbahan pahala. "Jika kamu bukan anak raja, dan engkau bukan anak ulama' besar, maka jadilah penulis"   - - Imam Al-Ghazali -- KATA Kata, Adakala penyejuk jiwa, Yang mahunya hanya gundah gulana, Bersama semaian cinta,...