Skip to main content

Hujan

Assalamualaikum, Hi


"Hujan adalah puisi Tuhan
yang dijatuhkan antara usaha kita
untuk tetap bertahan
dalam rintik-rintik yang membasahi jarak
dalam rintih-rintih yang melepaskan sesak"

- Boy Candra-

Puisi-puisi hujan, dibaca ketika hujan...di kenang kembali saat hujan berhenti hari ini, lalu turun di lain hari. Aku rasa semua yang berkisar hujan itu adalah kesukaan aku. Tak kiralah puisi ke, lagu ke, kajadiannya ke, event yang berlaku ketika hujan ke...all of it. Tapii...aku pencinta matahari juga. Suka sunrise, sunset dann sunny day pun. Buat aku berpeluh, aktif dan rasa sihat. Hujan buat aku berselubung dan tenang bersendirian. Jadi aku ni boleh dikatakan sebagai seorang pencinta weather. Mungkinnn....

atau lebih tepat, mengajar diri untuk bersyukur di setiap keadaan yang kita lalui.
Menghargai setiap saat dan nikmat yang dikurniakan Allah walau apa jua keadaan.
Mencari setiap kebaikan di setiap kejadian.
Berdamai dengan diri dan keadaan yang kita hadapi, tanpa sedikit prasangka buruk.
Setiap sangkaan kita, itulah yang akan kita dapat.


Aku tahu bukan mudah.
Kerana jika dikatakan tentang hujan dan matahari,
agak mudah untuk kita bersangka baik
Bagaimana pula jika dikurnia taufan atau ribut?
Maka apalah salahnya di ketika itu, kita fikirkan kejadian yang lebih buruk.
Alhamdulillah taufan, jika gempa bumi?
Alhamdulillah ribut, jika kiamat?
Allahuuuu...
Teruslah akan terasa, betapa ringan keadaan yang dihadapi itu.

Cumanya,
Usah mencari matahari di hujan lebat
Usah mencari hujan di terik matahari
Usah mencari langit biru, di kala ribut petir
konklusinya, 
berdamai dan menarilah dengan keadaanmu sekarang,
bukan keadaanmu semalam
bukan keadaanmu akan datang
InsyaAllah kau bakal tersenyum riang. 


Suria | Alor Gajah | Rainyday





Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...