Skip to main content

Puisi hati

 

Picture form Pinterest




Assalamualaikum,


Aku melihat lihat tulisan lama.

Apa yang aku sembangkan?

Apa yang aku cuba sampaikan?

Apa aksara-aksara aku ini ada pembacanya?

Alhamdulillah...

Ia sampai kepada pembaca

Lalu aku belek lagi, tiada tulisan tahun 2021

Apa lagi berdialog dengan diri sendiri

"Amboi Su, senang lenang nampaknya. Tiada pertambahan tulisan. Kau pernah katakan, kau menulis kerana ia abadi. Menulis itu satu perjuangan. Kenapa kau berhenti menulis di medium ni?


Memang kalahlah diri aku dengan kata hati.


Lalu aku klik butang NEW POST

Aku tarik satu buku kegemaran, mencari cari idea

Memaksa diri menulis

Buku kegemaran aku ditarik


Sajak Kepada Tuhan 

(Faisal Mat Zawi)

Siapa kata, menulis puisi dan sajak hanya kata-kata tidak berlagu namun beritma yang hanya ditulis untuk kekasih. Untuk rasa cinta. Kata-kata puitis yang membelai jiwa. Siapa kata?

Aku telah menemui satu buku kumpulan puisi yang dekat dengan penulisan puisi yang ingin aku ketengahkan selama ini. Ia adalah ritma aksara yang ditulis terpaling (hiperbola) khas untuk Tuhan. Begitu banyak rasa dan kata hati yang ingin disampaikan dengan ayunan dan tarian pena yang digerakkan oleh jari jemari, yang ianya juga adalah anugerah dan nikmat daripada Tuhan. Dengan segala ciptaan, nikmat, hadiah, anugerah dan segala jenis pemberian dari Tuhan telah aku terima. Lalu rugilah aku jika tidak menyampaikan segala kata-kataku dan segenap rasanya hanya untuk Dia Yang Satu. 

Begitulah juga kata hati yang dapat kubaca daripada tulisan Faisal Mat Zawi ini. Katanya...

"Aku ialah kehidupan dari tiupan nafas-Mu ke dalam tubuh lohong Adam dahulu."

Okay, sekarang aku ingin berkongsi satu puisi terpaling (hiperbola lagi) kegemaran aku.


Nota Kecil ke Syurga


kau seperti hujan malam ini

yang datang secara tiba-tiba

ialah salam dari Tuhan

kepada tuhan tandusku

kontang gersang iman


tanah hati telah basah

salam dari Tuhan mengalir

kedalam pembuluh darah

malam ini tumbuh

pohon berbunga iman berwarna merah

dalam dadaku

ditengah dataran rumput hijau persaudaraan

antara kau dan aku.


bukankah kita telah berjanji

seperti Zubair dan Thalhah

ayuhlah berjiran di negeri abadi

dan kita duduk bersama Rasulullah s.a.w.



Suria | Ruang bilik Melaka




Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...