Skip to main content

Resensi Buku : Kitab Cinta Ulama Klasik Dunia

 
Assalamualaikum, hi

Nak mengisi entri Jun, so yeah. Here I am, menulis. Seperti biasa, alasan aku untuk menulis di saat aku ketiadaan mood untuk menulis pastinya dengan review buku. Ada satu buku ni, aku memang susah nak habiskan sebab aku akan keep ulang baca satu topik atau satu muka surat yang sama sebabkan apa yang nak disampaikan dan penulisan dia indah sungguh. Bila masa busy kerja pun, aku masih nak grab buku tu time dalam kereta tengah menunggu traffic light (almaklum, melaka kan negeri traffic light) or time nak rehat kejap dari kerja sambil mengopi ke. Buku ni jugak jadi pilihan. 


Tajuknya Kitab Cinta Ulama Klasik Dunia ditulis oleh Muhammad Muhibbudin yang diterbitkan oleh Araska. Buku ni keluaran negara seberang, Indonesia. Jadi memang tak lari lah dengan ayat-ayat dan bahasanya yang indah. Menelusuri dan menyelami rahasia cinta para sufi dunia. Menaaarikkk sangat. Kisah cinta pertama je dah menarik. Kisah cinta Rabiatul Adawiyah. Tiada cinta yang lebih indah daripada cinta kepada Pencipta. Siapa je yang tak tahu tentang kisah tokoh sufi ni yang menjadi rujukan untuk selok belok cinta. 

Kata Rabiatul Adawiyah...

"Hanya Allah yang pantas dicintai, selainNya dusta!"

Beliau adalah anak bongsu daripada 4 bersaudara dan kerana itu nama beliau adalah Rabi'ah yang bermaksud 4 dalam bahasa arab. Lahir daripada keluarga yang serba kekurangan dan miskin tidak membuatkan beliau seorang yang miskin cinta dan jiwanya. Malahan beliau lebih hebat dan tinggi ilmunya terutama ilmu ketuhanan dan sufisme. Keperibadian beliau membuatkan 3 orang ulama' bertanya akan beliau untuk dijadikan isteri namun penerimaannya bersyarat. Beliau mengajukan 4 soalan yang jika boleh dijawab oleh ulama' tersebut maka dia bersetuju diperisterikan. Antara soalannya :

1. "Menurut anda, jika nanti aku meninggal dunia, apakah kematianku itu disertai dengan ketetapan iman atau tidak?

2. "Ketika aku nanti masuk ke alam kubur, lalu Malaikat Munkar dan Nakir menanyai aku, menurut anda, apakah aku mampu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang diajukan kedua malaikat tersebut?"

3. Menurut anda, ketika manusia dikumpulkan pada hari Kiamat kelak, apakah aku termasuk orang yang menerima kitab amal dengan tangan kanan ataukah dengan tangan kiri?"

4. Menurut anda, ketika manusia dipanggil Tuhan, apakah aku termasuk golongan orang yang masuk syurga atau neraka?"

Semua soalan tersebut dijawab dengan "Hanya Allah yang tahu kerana itu persoalan ghaib"

Lalu Rabiatul Adawiyah bertanya lagi "Bagi orang yang sedang bingung memikirkan empat masalah ini, mana ada kesempatan untuk berumah tangga?" 

Lalu ketiga tiga ulama tersebut menangis penuh penyesalan dan pulang.

Sebegitu fokus dan larutnya Rabiatul Adawiyah dengan rasa cintanya hanya kepada Allah, lalu melalui puisi-puisi nya juga terlukis indah bahasa jiwanya terhadap Tuhan. 


"Ilahi, jika aku menyembah-Mu,

karena takut pada neraka-Mu,

maka bakarlah aku di neraka dengan api nerak itu.

Dan jika aku menyembah-Mu karena mengharapkan surga-Mu,

Tutup saja pintunya

Tetapi jika aku meyembah-Mu, karena cinta

Maka bukalah tirai Wajah-Mu hingga aku bisa memandanginya."

Itu kisah tokoh sufi. Baru yang pertama, banyak lagi kisah-kisah tokoh lain yang buatkan aku muhasabah semula diri. Cinta manusia tidak perlu dikejar jika engkau tidak pernah berjalan sekalipun untuk menuju cinta Allah. Ya...kita bukan ahli sufi, bukan ulama, bukan juga solehin. Namun dimanalah datangnya dasar laut jika tiada muara sungai. Manakan pula datangnya muara sungai jika tiada tali air. Bermaksud setiap sesuatu pasti ada asas dan asalnya...dan bagaimana mahu benar akhirnya jika asalnya pun dah salah. If you know what I mean. 

So yeah...jika dah benar asal cintamu, insyaAllah ia turut akan berakhir, benar.   



Suria : 15:03 | Isnin | Malacca | Cloudy day

 

Comments

Popular posts from this blog

Hero Cinta

Assalamualaikum, Hi, Salam Jumaat. Salam Cinta. Okay, hari cerah, sedikit redup tambah angin sepoi-sepoi bahasa ni, Nak berceritera tentang Cinta. Kenapa berkerut? apa cinta itu satu dosa ke untuk diperkatakan? Tiada dosanya, jika benar sandaran dan saluran. Fitrah, pernah dengar perkataan tu? Ya! Cinta itu adalah fitrah. Kalian rasa, kalian mahu, jadi kalian adalah manusia. Jika kita dilahirkan sebagai manusia, yang di mana memang atas pilihan kita sendiri, Maka bersedialah untuk merasa Cinta. Bersedialah untuk terkadang kecewa kerananya. Tapi semua tahu cinta kepada Pencipta memang tidak pernah dikecewa. Namun ada satu cinta kepada manusia, yang juga kau akan merasa bahagia. Tanpa dusta kata dan bicara. Siapakah pemilik cinta sebenar kita? HERO CINTA Cinta Ibuayah, redha Illahi Cinta Sahabat, makhluk penyeri Cinta Guru, budi pekerti Cinta Saudara, fitrah manusiawi Semuanya lahir daripada cinta Illahi Semuanya Rasul yang aja...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...