Skip to main content

Resensi Buku : Sajak Kepada Tuhan

 Assalamualaikum, Hi.
 
Kembali lagi dengan resensi buku.

Buku yang nak di review harini, aku kirakan sebagai satu keberjayaan pembelian. Sebab aku beli buku ni secondhand dengan harga RM7 sahaja. Tambah pulak genre dia adalah kegemaran aku. Buku kumpulan puisi. Sajak kepada Tuhan tulisan Faisal Mat Zawi cetakan grup karyawan luar negara. Ada 69 puisi yang terkumpul di dalam buku ini. Memang penulisan puisi-puisinya sangat dekat dengan penulisan puisi yang aku selalu dan cuba tulis. Walaupun jauh panggang dari api juga. Yelah nak dibandingkan penulisan penulis yang dah keluar buku dengan kumpulan puisi yang berpuluh ni..dengan penulisan puisi aku yang beberapa sahaja tu memang jauh lagi perjalanan tu. Whatever it is, slowly but surely...insyaAllah. 

So moving on to the book. 


SAJAK KEPADA TUHAN 

Puisi-puisi yang dimuatkan di dalam buku ini kebanyakannya adalah kritikan terhadap sosial masyarakat.

Peringatan, pendekatan untuk tenang... harus mencari tuhan, juga pembawaan manusia atau pembaca agar memuhasabah diri selalu. Zaman dahulu, syair dan puisi dikarang oleh ulama-ulama juga untuk berdakwah dan menyampaikan kata dengan cara yang menarik orang untuk mendengar dan membacanya. Sekarang ni, jarang sekali kita membaca bait puisi atau syair yang membawa kita ke arah Tuhan. Jarang sahaja, tapi bukanlah tiada. Masih ramai juga yang menggunakan penulisan untuk berdakwah, namun di bait puisi agak jarang sekali. Selalu nya mereka meluah rasa cinta dan rindu menggunakan puisi. Jadi bagi aku Sajak kepada Tuhan ini amatlah satu keberjayaan aku dalam membeli sebuah buku kumpulan puisi sebab aku dah jumpa puisi-puisi yang sememangnya ditulis untuk menyampaikan sesuatu kepada pembaca. Puisi yang lain juga ada mesejnya tersendiri..terpulang kepada pembaca untuk menafsirkannya. Setiap penulisan puisi juga ada perjalanan dan cerita sebelum ditulis oleh seseorang penyair.

Sajak kepada Tuhan ini, hasan dan aroma hidangan puisi yang disajikan sahaja sudah begitu menarik manakan pula boleh aku rungkai rasanya. Sudah pasti menepati dengan seleraku. Aku kirakan adalah satu puisi moden yang berjaya membawa pembaca kepada Pencipta. Kata-katanya mudah difahami dan tidak begitu beria untuk menggunakan perkataan-perkataan yang hiperbola atau bombastik. 

antara puisi yang dekat dengan rasa dan hati aku adalah 

Sajak kepad Tuhan (5)

Tuhan
setelah aku ke sana dan ke mari
hilang di waktu petang
pulang mengetuk
pintu-Mu di waktu pagi
seperti anak nakal.

aku menuliskan pada-Mu
semoga kartu yang bernamaku
tetap sampai seperti selalu.

- Faisal Mat Zawi-


Suria: 18:00 | Ahad | Malacca | Cloudy day

Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...