Skip to main content

Ghostwriting

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama berkira kira akan ke hadapan ke tidak mengenai Ghostwriting job yang sedang dilakukan. Atas alasan, banyak lagi ilmu perlu ditimba. Alasan, masih belum terel. Alasan lagi, aku mampu ke? Tapi setelah menerima beberapa job daripada insan-insan dekat yang percaya dengan aku. Makanya keyakinan nak kehadapan as a ghostwriter tu mula bercambah.
Sebelum cerita panjang lebar, meh nak beritahu apakah itu ghostwriter? Korang boleh je google. Tapi meh aku tolong google kan. 


So itulah dia ghostwriter. Aku sedang berjinak-jinak untuk menjadi salah seorang daripada mereka. 

 Benih memang memerlukan masa kan untuk menjadi putik dan mekar tumbuh untuk memberi manfaat. Jika dia tidak di nurture, maka dia akan berusaha pula mencari cahaya dan menerima simbahan hujan untuk tetap keluar daripada tanah agar terlihat oleh mata-mata yang memerlukan. Tapiii, jika dia tidak mampu tumbuh sendiri dek kerana hujan tidak turun-turun..di saat itu dia memerlukan nurturing daripada yang peduli. 

Begitulah juga dalam writing ni, sangat perlu ada mentor. Alhamdulillah lah ada yang sudi memberi tunjuk ajar. Atas kepercayaan dan tunjuk ajar tu, aku berjaya terima payment pertama as a ghostwriter dan seterusnya...

dan dengan pengalaman dan keyakinan tu jugalah aku beranikan diri untuk menulis tentang job freelance aku sekarang ni..iaitu GHOSTWRITER.

Happy to give out this invoice with my name on it. 



So, anyone yang memerlukan kerja typing anda bergerak sendiri di saat anda sedang melakukan kerja-kerja lain, mai pm na.


Setakat ni, pengalaman yang ada :

Menulis cerita pendek
Menulis semula soalan exam
Menulis puisi
Editing format thesis
Proofreading CV
Editing/menulis Zine
Menulis manuskrip buku





- Suria Zakaria-







Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...