Skip to main content

Puasa dan Periksa


Assalamualaikum. Hi.

Ramadhan Kareem.

Okeh, what's the story of the day?

Puasa dan Periksa. Dua hari lagi Ramdhan.

Pernah perasan tak, bulan puasa (read : Ramadhan) ni...macam sama je dengan Periksa (read:Exam)<--- sorry bahasa pasar, saja nak bagi rhymes.

Bila exam mai, ada study week iaitu persiapan untuk exam.

Bila lulus, dapat cemerlang, pointer bagus, kemungkinan mendpt anugerah pelajar cemerlang.

Dekan setiap sem...duit pinjaman terus jd biasiswa. 

Semua tu hanya akan direbut bila exam tiba.

Sama juga bulan Ramadhan.

Nak mai je bulan Ramadhan, ada bulan Syaaban.

Bulan persiapan untuk sampai ke Ramadhan.

Bulan ni bulan ujian, siapa jaga mulut, jaga perut, jaga mata, jaga hati

Ganjaran besar menanti, bukan biasa-biasa mcm bulan-bulan biasa.

Rahmat dan keampunan Allah lebih luas lagi di bulan ni.

Ada Ustaz kata " Bulan Ramadhan adalah bulan Allah memilih hamba-hambanya yang layak ke syurga. Kiranya setiap kali ramadhan akan ada nama-nama baru dicatat yang terpilih untuk menghuni syurga." Allahuu...jom tanya diri, "layakkah aku?"

Layak tak layak, itu urusan Allah. Kita kena pastikan kita layak juga. Sebab takda siapa yang sudi menempah neraka utk dijadikan kediaman selamanya, nauzubillah. 

Tanya lagi diri tu. Berebut tak kita untuk dapat segala kebaikan dan ganjaran tu?

See, sedar tak sedar dalam kehidupan kita ni..banyak perkara yang ada persamaan..tetapi kita tak treat dia dengan attitude yang sama. 

Sebab apa? ganjaran tu kita tak nampak. 

Ganjaran dunia lebih kita kejar, sbb boleh nmpk.

Nampak hebat, nampak berjaya, nampak kaya, nampak bergaya.

Ganjaran akhirat, bukan setakat tidak dilebihkan...malah ada yang tidak dikejar langsung.

Sedangkan, itulah yang lebih utama dan lebih menguntungkan.

Orang kejar ganjaran akhirat, katanya "Kau baik, alim....aku tak" 

Padahal, kawan tu dok kejar nak masuk syurga. Apa yg dia buat semuanya arahan Allah.

Semuanya requirement untuk duduk ke satu alam yang kekal selamanya. 

"Aku tak" maksudnya apa? Tak nak kejar Rahmat Allah ke, tak nak masuk syurga ke?

Allahua'lam....pejam mata, letak tangan dekat dada tanya diri kita sendiri.

Kalau mahu, belilah tiket dgn amalan...tak mahu, buatlah sesuka hatimu. 

Tapi ingat alam selamanya selain syurga, memeritkan. 

Dalam jalani hidup, jangan lalui sekadar untuk hidup sahaja.

Buka mata, buka minda, fikir dan teroka.

Sampai Ramadhan, puasa.

Sampai Hari Raya, beraya.

Sampai AidilAdha, korban harta.

etc etc etc

Tidak begitu. Bukan tamat disitu sahaja.

Tanpa pernah sedar ada sesuatu disebalik setiap perkara yang berlaku.

Ada hikmah, ada teguran, ada tujuan dan ada ganjaran.

Di situlah nanti definasi  segala buat laku kita boleh kita fahami

Semuanya takkan pernah ada alasan lain kecuali untuk menuju alam akhirat nanti.

Menuju kejayaan, ertinya menuju kepada Pencipta.

"Don't go through life, grow through life" by Eric Butterworth.


Di Pelayaran

Hidup ini, bagaikan sebuah pelayaran,
Kau merangkak, berlari mahupun berjalan,
Demi menuju satu destinasi yang kau impikan,
Ketahuilah ianya sukar dan kuatkan iman,
Kerana…….

Di pelayaran,
Kadang kau tersungkur,
Kau hanya merenung dan bertafakur,
Jangan, jangan kau terasa selesa dan berdengkur
Kerana kau tahu destinasi mu jauh untuk kau susur,

Di pelayaran,
Kau harus bertahan,
Walau langkahmu mula perlahan,
Kau tahukan, ianya ujian?
Ya….ujian daripada Tuhan,

Di pelayaran,
Mentari terik kau terasa,
Abaikan ia dan cuba jadi perkasa,
Hanya itu perlu kau percaya,
Percaya yang kau ada Dia.


-SuZ-
040519
18:59

Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...