Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

Reviu Buku : Backpack Brunei, Datang Disambut Taufan

Satu lagi buku, yang dimiliki hasil daripada menjawab kuiz di salah satu program dalam talian. Bermula daripada mendapat parsel hadiah sahaja, terus aku buka buku ini. Selesai dibaca. Tak tebal tak nipis bukunya. Kertas cetakan yang digunakan pun adalah kertas kegemaran aku. Pelik kan? jenis kertas pun boleh jadi kegemaran. Entah kenapa, setiap kali menghidu bau kertas tersebut, terus rasa nostalgia. Sebab kertas tu, pernah satu ketika digunakan di zaman persekolahan. Bila kertas putih dan fotostate dah bermula, lenyap dah kertas tu dari zaman persekolahan. Dulu aku panggil kertas giling je. Tapi sekarang, banyak digunakan untuk cetakan novel-novel dan buku fiksi. Baru aku tahu namanya, kertas 'bookpaper' ataupun storaenso. Benda wajib buat setiap kali jumpa buku dengan cetakan kertas ni, hidu dulu...baru baca. Okay bebel bab kertas je dah berjela. Apa kisahnya buku ini? Sudah pastinya kisah perjalanan penulis ke Brunei. Ini adalah reviu hasil daripada ulang baca. Kali pertama ...