Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Hlovate Review

Assalamualaikum...Hi. Sebelum nota kembali berdebu, jari jemari harus menari semula menaip entry-entry baru bagi melunaskan rasa menulis agar tidak jemu dan istiqamah selalu.  Ya, berubah itu mudah, tapi istiqamah tidak mudah.  Tapi jika mahu, InsyaAllah. Disetiap permulaan perubahan, harus ada titik tolak. Bagi aku yang dahulu...titik tolak aku adalah buku-buku Hlovate (note : kebanyakan karyanya tentang berubah) Agak jahil bunyinya.  Mengapa tidak ayat-ayat Allah? Mengapa tulisan-tulisan manusia yang dipilih? Tapi itu kisah aku. Yang mengilhamkan tulisan-tulisan tersebut Allah, yang menggerakkan hati membaca juga Allah. Jadi hidayah itu milik Allah. Tidak pernah ku kata aku berubah kerana penulis itu.  Cuma, dia adalah asbab dan wasilah. Buku Pertama adalah 'ROOFTOP RANT'.  So....JOM review. Ada apa dengan Rooftop Rant? Sebelum lanjut ke review..... baca dulu coretan pendek di belakang buku. (note : gambar goog...

Throwback Review

Assalamualaikum...hi. Over past few weeks, aku rasa susah betul nak menulis and melampiaskan rasa guna kertas dan pen ni. Wallahi...only God knows why, even me myself dont know why.  Maybe penat. Atau tiada content. Honestly tak tahu. Untill one day, my sister show me one competition, she asked me to participate. It is about book review and video making, the prize quite worthy. So I asked one of my friends to pair up and participate sama2, sebab dia suka buat video and aku suka review buku.  Annnddd...because of this, aku suddenly terfikir nak review buku-buku yang aku pernah baca sebelum ni. Start from zaman sekolah dulu untill now.  Kalau aku ingat and ada lagilah buku-bukunya dalam simpanan. So far, masih banyak lagi dalam simpanan.  And here we gooo... FIRST BOOK Actually first buku aku zaman sekolah rendah lah, buku-buku cerita nak kasi penuh buku nilamkan (note : I was a librarian though) But the one t...

Cerpen : Harapan atau Expectation

Petang itu, cuaca cerah dan berangin. Bunyi gesekan daun kering di atas jalanan membuai lagi rasa damai di hati sesosok tubuh itu. Harini...Suria masih di situ. Sesuai dengan namanya, dia amat mengagumi dan menikmati satu pemberian Tuhan yang tanpanya alam bakal gelap gelita. Panasnya ia, tetap mampu memberi manfaat buat seluruh manusia....ya, Matahari.  Hampir setiap petang, Suria menghabiskan masa 5 minitnya di dalam kereta sebelum ke tempat dia mengajar mengaji, dengan merenung matahari yang hampir hilang untuk melampiaskan rasa kagumnya kepada ciptaan Allah yang satu itu, Sang Suria yang tak jemu menyimbah cahaya. Sejenak, Suria mengelamun. Teringat dia akan perbualannya dengan seorang manusia yang dicintai kerana Allah. Perbualan yang sekejap, namun amat bermakna baginya. "Hmm...Suria rasa macam dah tak mampulah nak hadap expectation manusia" tiba-tiba bersuara sedang mereka di ruang makan. "Siapa yang suruh hadap? Tak payah hadap, p...