Skip to main content

Hlovate Review

Assalamualaikum...Hi.

Sebelum nota kembali berdebu, jari jemari harus menari semula menaip entry-entry baru bagi melunaskan rasa menulis agar tidak jemu dan istiqamah selalu. 

Ya, berubah itu mudah, tapi istiqamah tidak mudah. 

Tapi jika mahu, InsyaAllah.

Disetiap permulaan perubahan, harus ada titik tolak. Bagi aku yang dahulu...titik tolak aku adalah buku-buku Hlovate (note : kebanyakan karyanya tentang berubah)

Agak jahil bunyinya. 

Mengapa tidak ayat-ayat Allah? Mengapa tulisan-tulisan manusia yang dipilih? Tapi itu kisah aku. Yang mengilhamkan tulisan-tulisan tersebut Allah, yang menggerakkan hati membaca juga Allah. Jadi hidayah itu milik Allah. Tidak pernah ku kata aku berubah kerana penulis itu. 

Cuma, dia adalah asbab dan wasilah.

Buku Pertama adalah 'ROOFTOP RANT'. 

So....JOM review. Ada apa dengan Rooftop Rant?

Sebelum lanjut ke review.....

baca dulu coretan pendek di belakang buku.

(note : gambar google aje. buku sendiri hilang. angkara peminjam.)

lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
....walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hambaNYA dengan
apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa 
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun,duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang..bilamana 'malapetaka' itu datang,
tersa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
e]rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas

Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade..

tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas 
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah

dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa

mampukah dibeli tangga-tangga untuk mrncapai cita-cita?
ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya...

Seingat aku, buku ini saranan kakak usrah zaman diplomaku.

Baca...Ting! greenlight menyala. Memang kena dengan jiwa. 

Aku teruskan bacaan...helaian demi helaian...okay aku jatuh cinta. :P

Mengisahkan......

Tentang seorang gadis bernama Batrisya. 
Mengalami depresi kerana masalah keluarga ke tahap ingin membunuh diri dengan pil-pil.
Seorang anti-sosial. Reserved.
Keluarganya yang mewah dengan harta, gagal dimewahkan dengan kasih sayang.
Makanan rutinnya SNICKERS, bukan sbb suka tapi perlu kerana kekurangan gula dalam badan.
(satu sebab aku suka snickers jgk).
Dipertemukan dengan seorang pemuda yang digelar Jaded Jade in the middle. 
Seorang lelaki yang suka melukis.
Menengadah awan diatas lantai kusam dan mencari inspirasi bersama teman setia, sketchbook dan pilot shaker.
Menjual burger demi untuk menyara kehidupan artistiknya.
Tiada dorongan daripada keluarga terhadap minat dan impiannya, malah dibandingkan dengan adik beradik yang lain.

Yup, Trisy dan Jade adalah watak utama.


Mereka bertemu di Rooftop, puncak wisma Topaz.
Mencari erti hidup masing-masing yang punyai cerita in their own plate.
They share and try to taste each others' plate and move on with faith.

Pertemuan itu membawa mereka melangkah lebih jauh untuk hidup yang lebih bermakna.
"Live well or live hell, you choose"
Sometimes, kita perlukan seseorang disebelah bukan kita percaya dia bakal mengangkat kaki dan tangan kita dalam setiap gerak dan langkah, tapi sebagai tempat mencurah dan pemberi semangat kepada manusia yang punya fitrah.

Bantuan mental dan emosi.

Jauh disudut hati.... kita yakin Dialah tempat kita berpaling.

Buku ni, memang banyak mencoretkan realiti-realiti hidup yang kita tidak sedar dan tuntunan yang sebenarnya tetap dari Yang Satu.

Akhirnya itu juga Trisy dan Jade percaya. Itu part yang menarik minat aku for the next book from Hlovate.

Terkadang tanpa kita berada dalam suasana seperti mereka, tanpa menginjak kaki ke dunia seperti itu...dengan membaca kisah-kisah.... realiti ini, boleh kita hadam.
Pemasalahan remaja, dari zaman aku 10 tahun dulu 2009 smpai sekarang masih sama. Atau mungkin makin tenat.

Selami mereka, fahami dan bertindak.

Aku cuba bertindak sekarang (walau masih merangkak), kerana aku dahulu pernah di tahap itu. Pernah tenggelam menyelam. Pernah terkapai tidak dicapai. Pernah bangkit dari sakit.

"Man/Women who decided to change at the 12th hours, die at 11th."
- hlovate-


No later.

It is NOW!







Comments

Popular posts from this blog

Resensi Buku : Kitab Cinta Ulama Klasik Dunia

  Assalamualaikum, hi Nak mengisi entri Jun, so yeah. Here I am, menulis. Seperti biasa, alasan aku untuk menulis di saat aku ketiadaan mood untuk menulis pastinya dengan review buku. Ada satu buku ni, aku memang susah nak habiskan sebab aku akan keep ulang baca satu topik atau satu muka surat yang sama sebabkan apa yang nak disampaikan dan penulisan dia indah sungguh. Bila masa busy kerja pun, aku masih nak grab buku tu time dalam kereta tengah menunggu traffic light (almaklum, melaka kan negeri traffic light) or time nak rehat kejap dari kerja sambil mengopi ke. Buku ni jugak jadi pilihan.  Tajuknya Kitab Cinta Ulama Klasik Dunia ditulis oleh Muhammad Muhibbudin yang diterbitkan oleh Araska . Buku ni keluaran negara seberang, Indonesia. Jadi memang tak lari lah dengan ayat-ayat dan bahasanya yang indah. Menelusuri dan menyelami rahasia cinta para sufi dunia. Menaaarikkk sangat. Kisah cinta pertama je dah menarik. Kisah cinta Rabiatul Adawiyah. Tiada cinta yang lebih indah d...

Hero Cinta

Assalamualaikum, Hi, Salam Jumaat. Salam Cinta. Okay, hari cerah, sedikit redup tambah angin sepoi-sepoi bahasa ni, Nak berceritera tentang Cinta. Kenapa berkerut? apa cinta itu satu dosa ke untuk diperkatakan? Tiada dosanya, jika benar sandaran dan saluran. Fitrah, pernah dengar perkataan tu? Ya! Cinta itu adalah fitrah. Kalian rasa, kalian mahu, jadi kalian adalah manusia. Jika kita dilahirkan sebagai manusia, yang di mana memang atas pilihan kita sendiri, Maka bersedialah untuk merasa Cinta. Bersedialah untuk terkadang kecewa kerananya. Tapi semua tahu cinta kepada Pencipta memang tidak pernah dikecewa. Namun ada satu cinta kepada manusia, yang juga kau akan merasa bahagia. Tanpa dusta kata dan bicara. Siapakah pemilik cinta sebenar kita? HERO CINTA Cinta Ibuayah, redha Illahi Cinta Sahabat, makhluk penyeri Cinta Guru, budi pekerti Cinta Saudara, fitrah manusiawi Semuanya lahir daripada cinta Illahi Semuanya Rasul yang aja...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...