Skip to main content

Cerpen : Harapan atau Expectation


Petang itu, cuaca cerah dan berangin.

Bunyi gesekan daun kering di atas jalanan membuai lagi rasa damai di hati sesosok tubuh itu.

Harini...Suria masih di situ. Sesuai dengan namanya, dia amat mengagumi dan menikmati satu pemberian Tuhan yang tanpanya alam bakal gelap gelita. Panasnya ia, tetap mampu memberi manfaat buat seluruh manusia....ya, Matahari. 

Hampir setiap petang, Suria menghabiskan masa 5 minitnya di dalam kereta sebelum ke tempat dia mengajar mengaji, dengan merenung matahari yang hampir hilang untuk melampiaskan rasa kagumnya kepada ciptaan Allah yang satu itu, Sang Suria yang tak jemu menyimbah cahaya.

Sejenak, Suria mengelamun. Teringat dia akan perbualannya dengan seorang manusia yang dicintai kerana Allah.

Perbualan yang sekejap, namun amat bermakna baginya.

"Hmm...Suria rasa macam dah tak mampulah nak hadap expectation manusia" tiba-tiba bersuara sedang mereka di ruang makan.

"Siapa yang suruh hadap? Tak payah hadap, paling tempat lain je" jawab Nawwal selamba sambil menyuap mee basah kegemaran.

"Suria serious ni" sedikit berkerut mendengar jawapan daripada insan yang dia hormati.

"Ye, akak pun serious ni. Tak perlu hadap semua tu. Hadap Allah, minta sungguh-sungguh supaya di tuntun setiap langkah. Ikut kata hati dengan bantuan Iman. Apa yang kita buat, kita harungi untuk orang yang bersama-sama kita di dunia, yang kita cinta, yang kita nak jumpa lagi di syurga kelak, InsyaAllah. Yang paling utama, semuanya kerana Allah. Selain daripada tu, abaikan Suria"

"Tapi kak, expectation ni daripada orang-orang yang akak sebut tu lah" bunyi sedikit kecewa.

"Suria...awak kena tukar mindset ni. Itu bukan expectation. Itu harapan." Nawwal merenung Suria dengan senyuman nipis di bibir.

"Tak sama ke kak?" makin bertambah kerutan di dahi Suria.

"Mestilah tak sama. Ejaan pun dah lain." Nawwal ketawa kecil. Terhibur dia melihat muka ingin tahu seorang yang bernama Suria. 

Suria membalas dengan mencebik.

"Okaylah, serious talk...bagi akak, harapan tu adalah daripada mereka yang sayang pada kita. Mereka mengenali kita, mereka tahu kita boleh lakukan, dan harapan biasanya memberi semangat yang berkobar-kobar untuk kita berjaya dalam setiap apa yang kita sedang lalui. Walau tidak tercapai sekali pun, mereka tak tinggal kita, malah membantu. Susah senang kita, mereka tahu. Itu namanya hubungan di dunia sampai syurga. Harapan tu pun, bukan untuk kepuasan orang yang meletakkan harapan, tapi kerana mereka mahu kita bahagia dan berjaya, sebab kuasa cinta tadilah. 

Expectation pulak, adalah sekadar judgement daripada orang yang tidak betul-betul mengenali kita. Mereka hanya menggunakan stigma untuk meletakkan expectation. Oh, budak master, kerja mesti best. Oh, budak belajar agama, mesti jadi ustaz/ustazah, Oh budak pandai, mesti jadi doktor, engineer, arkitek, etc bla bla and the list goes on. 

Kalau kita tak jadi seperti yang mereka sangka, mereka mengata seolah mereka membantu, seolah tahu tentang pahit jerih yang kita lalui. Itu pandangan akaklah. Tapi kita yang mencorak fikiran kita kan, tak salah untuk meletakkan mindset yang memudahkan perjalanan hidup kita."

Kerutan seribu daripada dahi Suria sebentar tadi, jelas hilang serta merta. 

Hatinya bermonolog.

Allahuuu...betul kata Kak Nawwal. Aku sepatutnya menggunakan kata tu sebagai dorongan, bukan alasan untuk aku kecewa dan berhenti. 

"Terima kasih banyak kak!" Suria menghadiahkan senyuman semanis gula buat Nawwal.

Tanpa Suria sedar, hati Nawwal berbisik sendiri "Ya Allah, mohon jaga dan tuntun sahabat ku ini"

Nawwal membalas senyuman dengan rasa lega melihat sahabatnya kembali bersemangat semula. 


"Allah, dah lambat"
Lamunan Suria terhenti melihat jam hampir menunjukkan pukul 7.00 malam. 

Suria memecut kereta dengan senyuman masih terukir di bibir. 
"Terima kasih Allah"





Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...