Skip to main content

Stories to tell



Assalamualaikum. Hi.

Been busy lately. I keep on writing something and end up not publishing it.

But today, I got really good stories to share.

[First story]

There is one movie that really triggered me to write something about it.

It called "Seven Sundays"

Okay, nak di pendekkan cerita...ia mengisahkan tentang sebuah keluarga yang kehilangan seorang ibu.

Setelah ketiadaan ibunya, adik-beradik semua menjalani kehidupan masing-masing...sepertinya keberadaan ayahnya tidak sama penting dengan keberadaan ibunya.

"Lonely" Yes. Itulah kehidupan seharian ayahnya. Mengukir senyuman tanpa dia zahirkan perasaan sebenar.

(kejap.......tak pendek sangatlah. Panjang jugak nak cerita ni)

Sampai satu hari, dia didiagnos menghadapi kanser jantung. Pada ketika inilah, dia mendapat perhatian daripada anak-anak.

Dia hanya mempunyai masa sebanyak 7 minggu sahaja. Anak-anaknya bersetuju untuk melawat pada setiap hari ahad. Jadi mereka hanya ada "seven sundays" bersama ayahnya.

Segala ketidakpuasan hati, dengki, dan dendam yang mereka simpan sesama adik beradik diketepikan demi melihat ayahnya gembira.

Namunnn...satu hari, ternyata ayahnya sebenarnya salah didiagnos. Dia tidak menghidap kanser, hanya serangan TB.

Dia masih berahsia takut keadaan akan jadi seperti dahulu semula.

Sangkaannya langsung tidak salah, setelah anak-anaknya tahu hal sebenar....segala kepentingan diri diluahkan semula dan segala ketidakpuasan hati dilemparkan.

Segalanya menjadi transparent. Kisah setiap seorang adik-beradik baru kini terbongkar. Masing-masing menceritakan struggle mereka dalam kehidupan. Mereka baru sedar, merekatiada satu sama lain di setiap kesusahkan yang dihadapi. Hanya memikirkan hal sendiri.

dannn...

Hati yang pertama patah, adalah hati ayahnya. Di saat ini ayahnya kembali menjadi tidak penting.Dia kembali seorang. Kembali merasa hopeless. Detik itu, dia merasakan "It is good if I really have cancer".

Tapi bila ego diruntuhkan, bila akal mula berfikir lurus. Ayat maaf adalah penyelesaian segalanya.

okay sampai situ je kisah "Seven Sundays". Nak lebih, nak feel lagi pi tgk sendiri. :P

Happy Ending.

Next.....................[Second story]

Pagi ni...

Ada seorang sahabat share tentang kisah Nabi Yunus (sebab kami melalui Surah Yunus masa tadarus)

Allahuuu...tersentuh dengan kisah Nabi Yunus.

Mengisahkan bagaimana Nabi Yunus tidak putus asa untuk menyampaikan ayat Allah kepada umat yang bukan umatnya pun. Nabi Yunus diutuskan di tengah-tengah kota Ninawa yang asing baginya.

Respon penduduk Ninawa, dia dihina..di caci.

Nabi Yunus lalu mengatakan bahawa Allah akan menimpakan azab jika mereka masih berpaling dan menolak agama Allah.

Namun, mereka masih ingkar dan tidak takut akan ancaman tersebut.

Tidak tahan akan hal sedemikian yang begitu lama berlaku, Nabi Yunus memohon kepada Allah agar ditimpakan azab kepada kaum tersebut.

Setelah beberapa hari, sepanjang sepeninggalan Nani Yunus...tanda-tanda ancaman yang dinyatakan Nabi Yunus kelihatan.

Awan hitam melitupi segenap kota Ninawa. Ibu, anak, binatang-binatang semua resah gelisah dan pucat.

"Adakah ini yang dikatakan Yunus?" dalam keadaan takut dan panik.

Mereka bersegera meminta ampun dan sedar bahawa Nabi Yunus tidak berdusta. Mereka bersungguh-sungguh menyatakan keimanan dan menyesal atas perbuatan yang lalu.

Dengan rahmat Allah, dan kejujuran penduduk kota Ninawa berdoa...awan yang hitam tadi beransur cerah dan pulih seperti sediakala.

Tahulah mereka Allah telah mengampunkan dan mereka bersyukur.

Happy Ending.
(Kisah ikan nun seterusnya aku assume kalian tahulah ye)

Jadi........apa sebenarnya aku nak sampaikan ni?

Jauh benar cerita "Seven Sundays" dgn kisah Nabi Yunus ni.

Tapi apa yang aku dapat...

Apabila tersedar akan kesalahan dan terjentik dengan kebenaran,

Bersegeralah tunduk, cepat-cepatlah mohon ampun, lekas-lekas minta maaf dan ubah...bukan ubah perkara lalu. Tapi ubah anything that you think can be better....sikap, action...etc.

Sebab moment tu akan berlalu dan tidak mungkin kita dapat berpatah balik dan membetulkannya semula. Ini bukan kisah doraeman yg boleh travel back to the past time. Tapi nyata.

It doesn't matter people want to compare you from who you was and who you are now.

Semalam leka....harini bertafakur sentiasa
Semalam maknyah....harini ke masjid berjubah
Semalam benci.....harini cinta mati
Semalam tiada solat....harini tak putus bertaubat

Sebesar mana jurang perubahan tu....never think of it....but the point is you've become better and faster before it's too late. Not untill someone is dying, not untill Allah murka. The important thing is Allah knows your heart.

You'll never know at which day, at which hour, at which minutes and seconds that you will take your last breath.

As air still clean and you able to inhale and exhale, as day still bright, as night still calm, as your sight still clear...BE GOOD, in any way that Allah redha.




notakaki:
(no poem this time, panjang berjela dah ni)

Comments

Popular posts from this blog

Resensi Buku : Kitab Cinta Ulama Klasik Dunia

  Assalamualaikum, hi Nak mengisi entri Jun, so yeah. Here I am, menulis. Seperti biasa, alasan aku untuk menulis di saat aku ketiadaan mood untuk menulis pastinya dengan review buku. Ada satu buku ni, aku memang susah nak habiskan sebab aku akan keep ulang baca satu topik atau satu muka surat yang sama sebabkan apa yang nak disampaikan dan penulisan dia indah sungguh. Bila masa busy kerja pun, aku masih nak grab buku tu time dalam kereta tengah menunggu traffic light (almaklum, melaka kan negeri traffic light) or time nak rehat kejap dari kerja sambil mengopi ke. Buku ni jugak jadi pilihan.  Tajuknya Kitab Cinta Ulama Klasik Dunia ditulis oleh Muhammad Muhibbudin yang diterbitkan oleh Araska . Buku ni keluaran negara seberang, Indonesia. Jadi memang tak lari lah dengan ayat-ayat dan bahasanya yang indah. Menelusuri dan menyelami rahasia cinta para sufi dunia. Menaaarikkk sangat. Kisah cinta pertama je dah menarik. Kisah cinta Rabiatul Adawiyah. Tiada cinta yang lebih indah d...

Reviu Buku : Backpack Brunei, Datang Disambut Taufan

Satu lagi buku, yang dimiliki hasil daripada menjawab kuiz di salah satu program dalam talian. Bermula daripada mendapat parsel hadiah sahaja, terus aku buka buku ini. Selesai dibaca. Tak tebal tak nipis bukunya. Kertas cetakan yang digunakan pun adalah kertas kegemaran aku. Pelik kan? jenis kertas pun boleh jadi kegemaran. Entah kenapa, setiap kali menghidu bau kertas tersebut, terus rasa nostalgia. Sebab kertas tu, pernah satu ketika digunakan di zaman persekolahan. Bila kertas putih dan fotostate dah bermula, lenyap dah kertas tu dari zaman persekolahan. Dulu aku panggil kertas giling je. Tapi sekarang, banyak digunakan untuk cetakan novel-novel dan buku fiksi. Baru aku tahu namanya, kertas 'bookpaper' ataupun storaenso. Benda wajib buat setiap kali jumpa buku dengan cetakan kertas ni, hidu dulu...baru baca. Okay bebel bab kertas je dah berjela. Apa kisahnya buku ini? Sudah pastinya kisah perjalanan penulis ke Brunei. Ini adalah reviu hasil daripada ulang baca. Kali pertama ...

Hero Cinta

Assalamualaikum, Hi, Salam Jumaat. Salam Cinta. Okay, hari cerah, sedikit redup tambah angin sepoi-sepoi bahasa ni, Nak berceritera tentang Cinta. Kenapa berkerut? apa cinta itu satu dosa ke untuk diperkatakan? Tiada dosanya, jika benar sandaran dan saluran. Fitrah, pernah dengar perkataan tu? Ya! Cinta itu adalah fitrah. Kalian rasa, kalian mahu, jadi kalian adalah manusia. Jika kita dilahirkan sebagai manusia, yang di mana memang atas pilihan kita sendiri, Maka bersedialah untuk merasa Cinta. Bersedialah untuk terkadang kecewa kerananya. Tapi semua tahu cinta kepada Pencipta memang tidak pernah dikecewa. Namun ada satu cinta kepada manusia, yang juga kau akan merasa bahagia. Tanpa dusta kata dan bicara. Siapakah pemilik cinta sebenar kita? HERO CINTA Cinta Ibuayah, redha Illahi Cinta Sahabat, makhluk penyeri Cinta Guru, budi pekerti Cinta Saudara, fitrah manusiawi Semuanya lahir daripada cinta Illahi Semuanya Rasul yang aja...