Skip to main content

Short story : Hatred

"Allahuakbar...Allahuakbar...."

Azan Subuh mengetuk segenap Taman Tasik Villa yang sunyi sepi. Sarah terjaga. Pantas tubuhnya patuh akan arahan minda yang memintanya segera menjawab panggilan Pencipta.

Ingin dikejut Alisya disebelah, tiba-tiba teringat.."Eh, Alisya ABC". Allah beri cuti padanya hari ini.
Sarah terus bersegera. Mengigil gigil dia menahan kesejukan. Tambahan pula air yang mengalir sudah pastinya lagi membekukan. Selesai berwudhuk, dia berhasrat untuk menggandakan pahala subuhnya. Belum sempat dia keluar daripada pintu bilik, Ana sudah terpacul di depan pintu.

"Dah solat?"

"Belum"

"Jom sekali"

"Jom, jom"

"Eh kejap, solat sunat qobliah dulu"

Lega. Selesai tanggungjawab sebagai seorang Muslim pagi ini.

Mereka meneruskan lagi rutin pagi dengan Ma'thurat. Al-Ma'thurat ialah wirid dan doa harian yang disusun oleh As-syahid Imam Hassan Al Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih; dan amalan yang dilakukan oleh Rasululllah SAW.

Selesai Ma'thurat bersama, Ana bertanya dalam senyuman.

"Sarah, tahu tak Allah tu baik sangat?"

"Haih...soalan cliche apa ni? bukan setakat baik, penyayang, pemaaf, pemberi pertolongan, jangan sampai aku buat karangan pulak. Kenapa tanya macamtu?

"Entah. Saja." muka Ana berubah kelat.

"Eh, kenapa ni Ana"

Tiba-tiba terdengar tangisan Ana yang teresak-esak. Sarah memeluk Ana tanpa suara. Dia cuba membiarkan Ana melepaskan rasa sebelum dia bertanya lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang berada dalam benak fikiran sahabatnya itu.

"Ana, cuba cerita."

"Petang semalam, Ana ada terima mesej. Daripada kawan lama. Kami dah lama tak contact, sebab last jumpa kami agak dingin. Ana pun tak pasti apa salah Ana. Tapi Ana dah minta maaf. Ana selalu tanya khabar dia daripada kawan yang rapat dengan dia. Tapi...semalam dia mesej, katanya tak perlu tanya khabar dia lagi. Dia describe segala buruk Ana. Memang macam benci Ana sangat-sangat. Ana rasa Ana kawan yang teruk sangat Sarah. 

Sebab tu Ana kata, Allah baik...macamana pun hamba Dia. Dia masih ada dengan kita. Dia masih nak dengar doa-doa kita. Salah macamana pun kalau kita datang semula padaNya dia tetap ada memberi kemaafan. Maaf Ana terlebih emosi pulak. Just teringat balik mesej tu"

"Boleh Sarah tengok"

"Dah delete dah"

"Ana....sabar ye. Kawan yang baik, dia tegur kawannya untuk kebaikan bukan untuk membenci. InsyaAllah Allah gantikan dengan yang lebih baik, ni depan mata ada ni" Sarah menunjukkan diri bangga.

Mereka tersenyum. 

One push can let  you broken. but someone may built you up again. 



EPILOG ANA :

"Hating someone, being hated by someone,
When I first read that message...it sent me chills down my spine,
I was overwhelmed by the intense hatred, and I thought...
I could never hate anyone to that extent...
I thought I would never be hated by anyone to that extent, in the past, and in the future.
Hatred may be like a snowball
It may start from the size of a fist, then grow bigger and bigger,
as it rolls on top of other emotions.
There are many reasons to hate. One of it may be because you feel too bad and bcoz it's out of your control, that hatred has grown so big, eventually leaves your hand.
Maybe I should say sorry again and again for being hated.
Even if it isn't right at this moment. 
Maybe tomorrow or the day after,
So that I won't be the one who has hatred in the heart. 
InsyaAllah....may Allah have mercy"

Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...