Skip to main content

Contengan Jalanan : Review

Assalamualaikum. hi.
Okayy, today's sharing is a book review.
Buku yang ketiga.
Warning awal, book review ni is a throwback version.
So, buku-buku yang aku review semuanya buku yang aku baca zaman dahulu kala,suatu ketika dahulu.
Kita still dekat buku Penulisan Hlovate. Memang buku Hlovate bakal menjelma beberapa kali...
sebab yang menulis ni adalah kipas susah mati si Hlovate, penulis misteri.
Buku harini, seperti tajuk di atas.
Contengan Jalanan.
My favourite.
Aku rasa semua penulisan Hlovate pun aku kata favourite.
Tapi this one, second fav after Versus.
Buku ni unik sikit.





Ada dua cover and starting.
Depan dan belakang, dua-dua adalah depan and starter of the book.
So, bila kita start from one side...the other side will be upside down.
Then, start daripada side lagi satu...this side pulak upside down.
Aku suggest nak baca, jangan depan orang ramailah.
Nanti depa fikir...korg saja bukak buku padahal tak baca pun.
Padahal punyelah tengah menghayati, siap meleleh air mata.
Okayy...kenapa Hlovate buat mcmtu?
Sebab both have different stories but related to each other.
Watak yang digunakan terkait satu sama lain, tapi kisahnya berbeza.

Tapi korang kena pandai pilih, nak baca kisah yang mana dulu.
Ada je dia tulis I dan II depan covernye tu, aku yang tak perasan. Luckily aku dapat tangkap, dekat mukasurat pertama tu Hlovate start dengan tarikh cerita...so the Februari 2004 story will start first only then Julai 2004.

Kisah pertama, mengisahkan seorang pelajar fotografi bernama Fend yang sangat meminati muzik. Dia seorang guitarist merangkap vokalis dalam kumpulan underground Creepy Hues. Memang berkerut jugak awalnya aku bila start membaca, sebab terlalu banyak istilah fotografi dan muzik yang jarang aku dengar. Itulah istimewanya juga Hlovate, byk menyelit perkataan baru dan ayat santai yang buatkan takmau stop menyelak helaian demi helaian buku.

Kisah ini, bagaimana seorang Fend mencari dirinya. Mencari erti hidup. Mencari Affendy. Dalam part ni, aku suka bila Hlovate ketengahkan satu quote " The Man that decide to change at 12th hours, dies at 11th " Ayat ni yang membuatkan Fend terfikir-fikir akan maksudnya..lalu membawa diri nya hingga ke benua Australia. Fend dan Chad (depa sepupu) melalui bulan Ramadhan di negeri orang..Sydney. Depa mengembara dan merasa perbedaannya menjalani ibadah puasa di negara yang bukan Islam majoriti penduduknya. Tapi apa yang mereka rasakan, lebih mudah dan selesa.

Aku perasan...Hlovate selalu menekankan pandangan dia dimana, dia rasa Islam lagi mudah diamalkan ketika di luar negara. Hal ini kerana, di sana boleh di bezakan mana yang Islam dan mana yang bukan..sedangkan di negeri kita, yang Islam tak dapat diketahui dengan tepat keIslamannya....lalu menjadi kebiasaan untuk tidak mengamalkan gaya hidup Islam yang sebetulya.

Sambung balik kisah Chad dan Fend tadi, depa stay di Masjid bagi mempelajari Ilmu agama dan lebih dekat dengan Al-quran. Mereka sepertinya mahu mencorak kembali kamus hidup masing-masing.....sehinggalah satu hal yang tak disangka berlaku di akhir perjalanan mereka. Tak mau lah bagi spoiler dalam ni sebab aku nangis kot baca part tu. ahah...


Seterusnya kisah kedua mengenai K2 (2 sebut squared), nama sebenar Ku Kamaruzzaman, so jadilah K2. Dia ni drummer Creepy Hues. Hidup dia lagi tiada benda lain selain seni. Solatnya culas. Nampak dah kan apa yang bakal berlaku? Ya....perubahan seorang lelaki bernama K2. Kali ini, perubahan berlaku atas perubahan kawannya. Satu kejadian di kisah pertama tadi berlaku menyebabkan Fend agak berubah kelakuannya, perubahan ini yang trigger K2 untuk mengembara ke Australia dan membawa diri ke Indonesia. Dia mula melihat dunia dari sudut yang berbeza.


Perubahan atas perubahan. Dan tak tersangka pun ia akan berlaku. Hati ini, Allah yang pegang..bukan manusia. Jadi bila-bila sahaja boleh berubah. Yang penting kita sendiri mahu mencari dan menerima.


" Life is full of answers waiting to be discovered "


TAKE YOUR OWN SWEET TIME TO READ.

HaPPy REaDIng!! ^^

Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...