Skip to main content

Hiduplah

Assalam...Hi,

Lama tak menulis.

Semakin selalu aku tuturkan kata lama tak menulis

Tanda tak konsisten ni.

Mohon doanya, Moga terus dapat menulis.

Alhamdulillah harini kembali mahu menekan papan kekunci ni lagi.

Sepanjang dua minggu lepas, dan termasuk harini aku di uji dengan nikmat kesihatan.

Makan rasa tak nikmat lagi seperti dulu.

Tidur rasa terganggu.

Gerak jadi terkaku

Senyuman kurang, kerutan selalu

Ibadah perlu lebih bermujahadah

Kerja, tertangguh

Begitulah rasa bila ditarik nikmat yang satu tu, segala nikmat yang lain pun rasa berkurangan.

Tapi aku sentiasa letak dalam hati, jika aku bersabar maka ia menjadi penghapus dosa buat aku.

Makanyaaa...bertahanlah si seorang aku.

Distract diri dengan perkara-perkara yang buat aku lupakan kesakitan tu.

Tapi alhamdulillah, makin better.

Hari ini, dikejutkan pula dengan kematian yang menghidupkan jiwa-jiwa yang menyaksikan situasi akhir hayatnya. Insan yang aku hanya kenali hanya di kaca TV, tapi tetap boleh tumpah juga air mataku. Begitulah hidup, siapa pun kita. Terkenal mana, sealim mana, sekaya mana, sehebat mana, segagah mana, etc yang didamba semua adalah akhir hayat yang baik. Keterbiasaan melakukan kebaikan, mengurniakan dia akhir hayat yang baik. Bagaimana kita?

"Nantilah"

"Enjoy dululah"

"Hidup hanya sekali"

Siapalah kita untuk menjangkakan bila akhir hayat kita.

Dengan sentakan itulah juga aku kembali di papan kekunci ini untuk menulis sesuatu.

Dengan amalan yang tak seberapa, yang ku harapkan hanya dengan sebaran kebaikan dan tulisan boleh menambah akaun akhiratku.

Mati tidak menunggu tua.

Mati tidak menunggu sakit.

Mati bila-bila masa.

Mati di mana-mana.

Terkadang aku takut nak menuliskan hal kisah mati, kerana aku masih belum bersedia. Amalan ku tidak tahu yang mana diterima. Ku bimbang jika kosong rupanya di akaunku. Namun akhirnya ku tahu, siapalah aku untuk menahan apa yang telah tertulis.

So yeah guys,
Keep doing the good deed
Keep asking ourselves, everything we do, does Allah like it, does it contribute to the hereafter?
Keep remind ourselves about death, because it is the best reminder.
Hiduplah dengan sebenar benar hidup, hinggakan kematian juga dapat menghidupkan jiwa-jiwa manusia.


Hiduplah

Hidup,
Untuk apa?
Untuk kaya?
Untuk nama?
Untuk keluarga?
Untuk Pencipta?
Ya, benar akhirnya.
Untuk Dia
Hiduplah,
Tapi dambakan husnul khotimah
Agar hidup boleh berubah
Ia peringatan setiap ummah
yang, hiduplah
Moga kelak dapat berkumpul di Jannah.

-SuriaZakaria 100220

-

Comments

Popular posts from this blog

Norma Manusia

Assalamualaikum... Salam Jumaat. Lagi sekali aku bermain dengan perasaan sendiri, Perlu terus menulis atau tidak hari ini? Sebab tulah ada yang kata, "Just write, don't think." Bermain lagi dengan fikiran, Aku bukan manusia alim mahupun muta'alim (leaner) yang bagus. Namun, aku berpatah semula. Kerana bila hanya makhluk yang sempurna layak menasihati, Maka, adakah perlu menunggu malaikat yang berkhutbah di mimbar. So yea, Today's topic........ Norma manusia, iaitu... kebiasaan insan biasa seperti kita. Itu jika diistilahkan daripada bahasa latin (mos) Tetapi jika didefinisikan mengikut bahasa Belanda (norm) Maksudnya kaedah yang menjadi petunjuk atau pedoman. Norma yang nak di panjang lebarkan di sini adalah yang membawa istilah kebiasaan manusia. Manusia, dicipta Allah mempunyai sifat-sifat yang tak boleh di elak. Tidak maksum (kecuali Rasulullah), tidak juga sempurna. Punya cacat cela, punya dosa. Itulah dia yang di namak...

Hero Cinta

Assalamualaikum, Hi, Salam Jumaat. Salam Cinta. Okay, hari cerah, sedikit redup tambah angin sepoi-sepoi bahasa ni, Nak berceritera tentang Cinta. Kenapa berkerut? apa cinta itu satu dosa ke untuk diperkatakan? Tiada dosanya, jika benar sandaran dan saluran. Fitrah, pernah dengar perkataan tu? Ya! Cinta itu adalah fitrah. Kalian rasa, kalian mahu, jadi kalian adalah manusia. Jika kita dilahirkan sebagai manusia, yang di mana memang atas pilihan kita sendiri, Maka bersedialah untuk merasa Cinta. Bersedialah untuk terkadang kecewa kerananya. Tapi semua tahu cinta kepada Pencipta memang tidak pernah dikecewa. Namun ada satu cinta kepada manusia, yang juga kau akan merasa bahagia. Tanpa dusta kata dan bicara. Siapakah pemilik cinta sebenar kita? HERO CINTA Cinta Ibuayah, redha Illahi Cinta Sahabat, makhluk penyeri Cinta Guru, budi pekerti Cinta Saudara, fitrah manusiawi Semuanya lahir daripada cinta Illahi Semuanya Rasul yang aja...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...