Skip to main content

Ikhlas

Assalamualaikum, Hi.

Semakin hari, kita semakin rasa dekat dengan kematian.

Ada rasa macamtu tak?

Ke, rasa nak hidup lama lagi?

If yes, jangan rasa serba salah. Sebab semua orang ada rasa macamtu.

Ada yang nak hidup lama lagi, sebab tak puas lagi nikmati hidup

Ada yang nak hidup lama lagi, sebab rasa tak cukup ibadah nak hadap Allah

Ada yang masih nak hidup, sebab rasa takut nak mati

Ada yang nak hidup lama lagi, sebab masih banyak tanggungjawab tak selesai

Ada yang nak hidup lama lagi, sebab masih nak bersama dengan yang tersayang

bla bla bla....dannn...bermacam lagi sebab.

Tepuk dada, tanya hati. Adakah aku dah bersedia untuk kehidupan selepas dunia.

Tapi ada juga yang tak pernah terlintas langsung nak tinggalkan dunia.

Memang benar ada ulama berkata " Hidup lah kamu seperti kamu hidup selamanya...." tapi jangan lupa ada lagi pesannya " Beribadah lah seperti kamu akan mati esok"

So everything need to be adil. Kejar dunia, kejar juga akhirat.

Tapi apa kaitan dengan Ikhlas?

Nak habaq, yang sebanyak mana amalan kita...ikhlas dan jujurlah,
jaga hati ketika beribadah kerana at the end of the day, kita ke syurga kerana Rahmat Allah.
Kita dapat mengubah takdir kerana rahmat Allah swt.
Ikhlas tu, kita sendiri pun tak tahu bila masanya kita betul-betul ikhlas.
Jadi jagalah hati, jangan dinodai ~ (eh macam lagu :D)

Aku nak kongsi sikit tentang satu kisah tentang seorang nenek yang ditakdirkan tak dapat anak. Cerita ni daripada satu hadis, yang aku dengar daripada pembacaan Ustaz Hanan Attaki.

Kisah bermula......
.
.
.
[Satu hari ada seorang nenek ni berjumpa dengan Nabi Musa, dia minta nabi Musa sampaikan pada Allah bertanyakan tentang adakah dia akan mendapat anak? (Antara mukjizat Nabi Musa, baginda boleh berkomunikasi terus dengan Allah). Lalu nabi Musa pun bertanyakan kepada Allah tentang nenek itu. Allah berfirman, nenek tersebut memang ditakdirkan tidak akan mendapat anak sepanjang hayatnya. Kemudian nabi Musa menyampaikan kepada nenek tersebut. Nenek tersebut menerima, lalu dia berlalu sambil tak jemu menyebut "Allah Ar-Rahman"

Pada satu hari yang lainnya, nenek tersebut datang lagi berjumpa Nabi Musa, dia minta nabi Musa bertanyakan lagi..adakah dia bakal memperoleh anak. Mana tahu sudah bertukar takdirnya kali ini. Nabi Musa menasihatkan nenek tersebut agak menerima apa yang telah ditetapkan. Namun permintaan nenek itu tidak dapat ditolak. Nabi Musa bertanyakan kepada Allah soalan yang sama, dan jawapannya masih sama. Nenek tersebut pulang dan masih membasahkan lidahnya dengan "Allah Ar-Rahman"

Hari seterusnya, situasi yang sama berlaku lagi. Dan jawapannya masih tidak berubah. Sikap nenek tersebut menerima berita itu juga tidak berubah, masih meletak harap dan berzikir "Ar-Rahman, Ar-Rahman"

Satu hari, nenek tersebut datang berjumpa Nabi Musa membawa seorang bayi. Nabi Musa bertanya, siapa bayi itu? Nenek tersebut menjawab "Ini anakku" Allahuu...apa yang berlaku? Lalu Nabi Musa bertanya kepada Allah "Ya Allah, bukankah nenek tersebut ditakdirkan untuk tidak mempunyai anak? Bagaimana boleh nenek tersebut memiliki anak? Allah berfirman kepada Nabi Musa " Wahai Musa, bagaimana aku tidak memberinya anak, apabila setiap kali engkau menyampaikan bahawa dia ditakdirkan tidak mendapat anak, dia tetap menyebut Ar-Rahman, Ar-Rahman dan tidak berputus asa. Sesungguhnya rahmatku lebih luas sehingga boleh merubah takdirnya.]
.
.
.

Kisah yang sangat terkesan pada aku dan buat kita sentiasa mengingatkan diri bahawa Allah adalah atas sangkaan hamba-hambanya. Jadi selalu lah ingat rahmat Allah itu sangat luas dan kasih sayangNya melebihi kemurkaanNya.

Keep have faith, no matter what had happened to us. There must have a reason in whatever we are going through. Sangka yang baik-baik sahaja. #kitabaikramaisayang. Bukan sahaja orang, malah Allah akan lebih sayang. Kasih sayangNya tak dapat ditandingi oleh mana-mana makhluk ciptaanNya. Kerana Dia Ar-Rahman (Maha Pengasih), Dia Ar-Rahim (Maha Penyayang) ^^


Kepada anda yang rasa hidup tak bermakna dah.
Kepada anda yang mahu berhenti daripada hidup.
Kepada anda yang mahu hidup selamanya, kerana takut pada kematian.
Kepada sesiapa sahaja yang membaca.

Don't lose hope, don't lose your way, don't hesitate anymore.
He is the One. He's always with us.
Selagi mana kamu meletakkan Dia no 1 dalam hidup.
Tak kira apa yang dihidangkan di hadapan, kau bakal tenang menghadapi InsyaAllah.

notakaki : tak sempat berpuisi post kali ni.

-suriazakaria-
Writing at Mug&Paper 11:03am Sunday




Comments

Popular posts from this blog

Norma Manusia

Assalamualaikum... Salam Jumaat. Lagi sekali aku bermain dengan perasaan sendiri, Perlu terus menulis atau tidak hari ini? Sebab tulah ada yang kata, "Just write, don't think." Bermain lagi dengan fikiran, Aku bukan manusia alim mahupun muta'alim (leaner) yang bagus. Namun, aku berpatah semula. Kerana bila hanya makhluk yang sempurna layak menasihati, Maka, adakah perlu menunggu malaikat yang berkhutbah di mimbar. So yea, Today's topic........ Norma manusia, iaitu... kebiasaan insan biasa seperti kita. Itu jika diistilahkan daripada bahasa latin (mos) Tetapi jika didefinisikan mengikut bahasa Belanda (norm) Maksudnya kaedah yang menjadi petunjuk atau pedoman. Norma yang nak di panjang lebarkan di sini adalah yang membawa istilah kebiasaan manusia. Manusia, dicipta Allah mempunyai sifat-sifat yang tak boleh di elak. Tidak maksum (kecuali Rasulullah), tidak juga sempurna. Punya cacat cela, punya dosa. Itulah dia yang di namak...

Hero Cinta

Assalamualaikum, Hi, Salam Jumaat. Salam Cinta. Okay, hari cerah, sedikit redup tambah angin sepoi-sepoi bahasa ni, Nak berceritera tentang Cinta. Kenapa berkerut? apa cinta itu satu dosa ke untuk diperkatakan? Tiada dosanya, jika benar sandaran dan saluran. Fitrah, pernah dengar perkataan tu? Ya! Cinta itu adalah fitrah. Kalian rasa, kalian mahu, jadi kalian adalah manusia. Jika kita dilahirkan sebagai manusia, yang di mana memang atas pilihan kita sendiri, Maka bersedialah untuk merasa Cinta. Bersedialah untuk terkadang kecewa kerananya. Tapi semua tahu cinta kepada Pencipta memang tidak pernah dikecewa. Namun ada satu cinta kepada manusia, yang juga kau akan merasa bahagia. Tanpa dusta kata dan bicara. Siapakah pemilik cinta sebenar kita? HERO CINTA Cinta Ibuayah, redha Illahi Cinta Sahabat, makhluk penyeri Cinta Guru, budi pekerti Cinta Saudara, fitrah manusiawi Semuanya lahir daripada cinta Illahi Semuanya Rasul yang aja...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...