Skip to main content

Tahu baru beritahu

Assalamualaikum, hi.

Harini nak start penulisan dengan quote daripada A Samad Said.

Kata beliau "Jika ingin menjadi seorang penulis, pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis"

Ibaratnya nak ada output kena ada input dahulu.

Bukan input dari satu sumber, dari banyak-banyak sumber,

Menulis ni kita menyampaikan sesuatu kepada orang, daripada tak tahu perkara tersebut, orang jadi tahu.

Jadi yang menulis tu tahu dulu daripada pembaca yang tidak tahu.

Atau penulis bagi peringatan bagi yang terlupa.

Jadi untuk penulis tahu, dia kena ambil tahu dulu..macamana?

Dengan membaca penulisan orang lain pulak.

Begitulah cycle nya berlaku.

Selagi mana ada yang menulis, selagi itu maklumat atau ilmu masih boleh di akses dan disampaikan.

Namun...di dunia teknologi tanpa sempadan ni, sangat laju penulisan tu sampai pada pembacanya.

Jadi sangatlah penting betul-betul tahu dahulu apa yang ingin diberitahu (tulis)

Jangan sampai tersalah sampai.

Nanti sampai ke sudah orang yang menerima info tersebut salah.

Menerima dan stop di situ tidak apalah, jika disampaikan pula kepada yang lain, jadi panjang rantaian salahnya tu.

Sebab tu, medium penulisan buku adalah satu medium yang selamat.

Sebab sebelum terbitnya penulisan tersebut, disaring dahulu, disunting dahulu, di proofread dan barulah akhirnya diterbitkan.

Penulisan dalam media sosial, blog, dan sewaktu dengannya adalah satu pembacaan yang berisiko tinggi untuk adanya kesalahan fakta. (disclaimer : blog ini tidak bercerita mengenai fakta)

Amatlah penting bagi mereka yang ingin menulis di ruangan-ruangan ini untuk membaca terlebih dahulu, memeriksa fakta dan memastikan kesahihannya.

Tak tahu, tak pasti, tak tepat, etc...berhentikanlah penulisannya tu setakat itu atau tak perlu ditulis langsung.

Lebih elok dijadikan medium tersebut sebagai tempat untuk bertukar pandangan (secara positif) dan peringatan sesama kita. Fakta-fakta yang tidak jelas, tidak perlu dicampur adukkan.

Beri sahaja pada mereka yang ahli.

Kerana...

"Menulis itu abadi, jangan menulis sesuatu yang akan kamu sesali" Asma Nadia




-SuZ-
Mug&Paper Bookcafe | 15.15 |29022020

Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...