Skip to main content

Kerana Corona

Assalamualaikum, Hi.

Tajuk corona virus atau Covid-19 ni dah terlalu banyak sangat penulisannya,
Terlalu klise....
Bukan satu Malaysia je, malah satu dunia,
Namun klise tak klise....terlalu banyak ibrah kita boleh dapat daripada penulisan-penulisan tersebut yang terkadang kita tak terfikir pun.
Jadi korang rasa, adakah perkara lain lagi yang boleh dirunsingkan lebih daripada isu ini?
Aku nak turut ambil kesempatan untuk menulis sesuatu,
agar aku dapat sesuatu...daripada apa yang berlaku,
terkadangnya aku menulis bukan atas kerisauan aku pada manusia luar sana,
tapi kerunsingan aku pada diri sendiri juga...kerana aku juga manusia,
Jadi aku harus menulis untuk aku peringatkan diri
kalian juga
Kamu, ye kamu...yang membaca tu, juga aku yang menulis
Cuba tanya diri sendiri apa yang berubah pada diri kita? sejak berlakunya kuarantin satu dunia ni.
Sejak ada sahabat-sahabat, ahli keluarga yang terdekat sedang sakit di hospital, sejak kenalan terdekat ada yang diragut nyawa, sejak tahu mereka-mereka yang hebat di frontliner bertungkus lumus berkorban berhadapan risiko diambil nyawa, berkorban masa dan kehidupan mereka untuk menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang mungkin kita kenal tadi?
Atau kita menjalani dan memahami kehidupan pada tahap yang sama?
Sama seperti dahulu, sama seperi tiada apa yang pernah berlaku?
Jika perubahan kearah yang lebih baik

Solatmu kian khusyuk
Bacaan alquranmu kian bertambah
Zikirmu semakin lama
Perihatinmu mu begitu kerap
Muhasabahmu selalu
Simpatimu seiring empati
Umpatanmu tiada terucap
Sangkaanmu sentiasa baik

Jika tiada satu pun yang bertambah baik
Satu sahaja yang ku harap kita lakukan
Muhasabah kembali
Terlalu banyak yang tidak pernah berlaku
Ia sedang berlaku
perkara yang tidak pernah kita lalui
sedang kita lalui sekarang
lalu bagaimana adab kita terhadap musibah ini?

Dari Anas bin Malik, sesungguhnya Rasullullah berjumpa dengan seorang wanita yang menangis kerana kematian anaknya.

Nabi mengatakan kepada wanita tersebut:"Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah, maka wanita tersebut mengatakan: apa yang engkau peduli terhadap musibah yang terkena kepadaku?

"Maka Nabi pun pergi meninggalkannya, kemudian (seseorang) memberitahu kepada wanita tersebut, bahawa yang (tadi menegur kamu) itu Rasulullah, dan wanita itu pun pergi berjumpa Nabi di rumah baginda, akan tetapi dia mendapati rumah baginda tidak mempunyai pintu.

"Dan wanita tersebut mengatakan: wahai Rasulullah! (sebelum ini) Aku tidak mengenal engkau, maka Nabi mengatakan:"Sesesungguhnya sabar itu pada hentakkan yang pertama (sabar itu dikira ketika musibah awal-awal berlaku)."

 Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim.

Jelas di sini kita dapati setiap seorang dari kita akan mengetahui akhlak dan sikapnya yang sebenar ketika musibah.
Kita dapati bahawa wanita itu cuba memperbaiki hubungannya dengan Rasulullah, setelah beliau menyebutkan perkataan (sedemikian) pada Nabi. Beliau mula sedar dan memperbaiki sikapnya kepada kekasih Allah itu.
Jelas di sini pengalaman sekali lagi mengajar kita untuk mengetahui sikap kita yang sebenar dan perbaiki sikap jika tidak sesuai dengan kehendak agama.
Ketika adanya musibah dan ujian, kita perlu untuk merubah sikap dan akhlak kita sama ada terhadap diri sendiri atau kepada orang lain.
Ambillah kesempatan ini untuk bersihkan mana yang kotor
betulkan mana yang salah
dekatkan mana yang jauh

Guidelines dah ada
Tak mahu baca, tak mahu buat
Sesat perjalanan
Wahai pengembara dunia sekalian
Jom jalan bersama
Kita faham semula 'guideline provided'
Agar kita sama-sama sampai ke destinasi yang betul
Supaya kita sama-sama belajar
lalu faham akan tujuan perjalanan ini.
lalu kau boleh catatkan,terima kasih Allah...kerana corona aku berubah. :)


The possibility to change is always a hundred percent because it is on our hands. 


SuriaZ | 13:43 | Saturday

Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...