Skip to main content

Book Review : cabaranresensibuku

Assalamualaikum, hi.

#cabaranresensibuku

YUP, aku masih menggunakan alasan yang sama untuk menulis hari ini

aku sertai cabaran menulis resensi buku

tanpa berniat nak kejar hadiah pun

saja

aku kira, dengan menggunakan alasan ni aku boleh dapat 2in1 manfaat

pertama aku bakal paksa diri untuk habiskan pembacaan, yelah nak review kan

kedua aku paksa diri menulis, untuk isi-isi review yang boleh memberi manfaat dan buatkan orang nak membaca buku tersebut.

So, cabaran ulasan buku kali ini dianjurkan oleh karayawan_books yang aku jumpa di laman Instagram. Sekian lama follow, baru kali ni berani nak sahut cabaran.

Bukan apa, inferior sikit. Admin laman insta tu kawan zaman sekolah rendah dulu.

Orang hebat tu. Budak bijak sejak kecil. Tambahan pulak isteri dia yang sama-sama jadi admin tu pun orang hebat (peguam). Jadi tak yakin pulak nak sertai mana-mana cabaran.

Tapi kali ni aku sekadar nak mencari alasan untuk menulis.

so yeah.

Aku betul-betul copypaste aje ulasan yang aku hantar untuk cabaran tu. Tapi ni versi original lah. Yang dah hantar tu versi suntingan sikit sebab ada syarat "not more that 2200 character".

Okay here is goes.

Selamat Membaca.

Gambar pun guna yang sama dekat posting insta guys.. :P

PUISI Wadah Suara Kemanusiaan yang telah disunting oleh Mohamad Saleh Rahamad ini menarik untuk peminat puisi. Setiap bait tulisan boleh menambah pengetahuan. Buku ini, terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM). Makalah-makalah dan pengisian daripada Pertemuan Penyair ASEAN 2015 & 2016 telah dimuatkan di dalam buku ini. Temanya yang menarik menjadi salah satu faktor untuk saya ingin menyelak helaian demi helaian buku. Tema Pertemuan Penyair ASEAN 2015 ialah “PUISI: Suara Kemanusiaan” manakala tema Pertemuan Penyair ASEAN 2016 ialah “PUISI: Untuk Diri atau Masyarakat”. 

Terkadang mereka yang menulis puisi terdorong untuk mengikut ‘mood’ dan perasaan mereka. Jadi saya sering mempersoalkan, sajak yang ditulis untuk diri sendiri atau untuk masyarakat? Untuk luahan rasa sahaja atau untuk dimanfaat? Melalui pembacaan buku ini, soalan-soalan tersebut dapat dijawab.

 Buku ini dimuatkan dengan buah fikiran penyair-penyair yang bukan sahaja dari Malaysia, malahan dari seluruh Asia Tenggara iaitu, Indonesia, Brunei, Thailand, Myanmar, Singapura, Filipina dan Kemboja. Buku ini sarat dengan kepelbagaian pendapat daripada mereka yang mahir dalam bidang kesusteraan. Apabila disebut mengenai lontaran buah fikiran dan pendapat, sudah pasti adanya berlaku perbezaan pendapat dalam peluasan perbincangan.

Antara tema yang diketengahkan oleh beberapa penyampai seperti Zawawi Imron seorang penyair dari Indonesia. Makalah beliau berjudul “Puisi dan Jiwa merdeka”. Beliau memberi pencerahan tentang makna seni dalam kehidupan manusia juga tanggungjawab manusia dari sudut agama. 

Contoh lain, Sa’eda Buang yang mengetengahkan makalah bertajuk “Merenung Kembali Puisi: Untuk Diri atau Untuk Masyarakat. Beliau mengakui bahawa persoalan tersebut telah lama dibincangkan di Singapore. Antara lain, topik utama dibangkitkan adalah mengenai kebebasan penyair di Singapura dalam mengekspresikan kata-kata mereka sehingga mengganggu akidah. Namun begitu, ianya masih diperdebatkan kerana karya sastera penuh dengan kiasan yang tidak berbicara secara langsung. 

Banyak lagi tajuk-tajuk menarik yang diketengahkan oleh penyair, dan masing-masing mempunyai hujah yang dibawa bersama contoh puisi. Jadi ini adalah bonus bagi pembaca yang suka akan puisi. 

Dihujung pembacaan, saya belajar bahawa, setiap penyair mempunyai tanggungjawab untuk memberi hidup dalam hati, jiwa dan raga masyarakat. Penyair itu akhirnya adalah pemikir dan sumbu untuk pelita hidupnya adalah nilai-nilai terbaik dan keseimbangan nurani.

#StopCovid
#SpreadKarayawan
#BacaSanaBacaSini




Suria : 0714 | Ahad | Malacca

Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...