Skip to main content

Book Review (got ASEAN certificate)

Assalamualaikum, hi.

Musim PKP ni, aku mencari-cari alasan untuk menulis.

Mood turun naik.

Berdikit-dikit dengan tulis review buku.

Almaklum, banyak jugak 'contest' yang dianjurkan,

So, at least boleh lah tolak naik sikit mood aku tu.

Sampai satu hari, ada seseorang share...if aku tulis review any books and email kepada penyairmalaysia, aku boleh dapat sijil.



walaupun aku tak berapa nak tahu apa manfaat yang sijil tu boleh beri pada aku...tapi aku gunakan itu satu lagi alasan untuk aku menulis

so yea, I wrote the review and email to them,

wow, within 1-2days je, I've got reply with the sijil and my name on it,

proud of myself, should I?

Ahah, who cares.

I should proud of myself for took the opportunity and write, at least.

and here is the book review, just wanna share the book that I keep repeat again and again and again if my reading mood ke laut. 

so here it go ~~
(copypasting the email I wrote)



Assalamualaikum,

Saya berminat untuk menyertai Resensi Buku untuk mendapatkan sijil peringkat ASEAN,
Berikut adalah detail :

NAMA : NOOR SURIATI BINTI ZAKARIA
NAMA BUKU : AKU INGIN MEMBACA 1000 TAHUN LAGI



ULASAN :

Secara keseluruhan, buku "Aku Ingin Membaca 1000 Tahun Lagi" adalah sebuah buku yang boleh melahirkan semangat ingin membaca lebih membara dan mengekalkan momentum membaca dengan lebih lama. Sepertinya ingin membaca selama 1000 tahun lagi, walaupun kita tahu umur seorang manusia pastikan tidak akan menjangkau selama itu. Buku ini diterbitkan oleh Jejak Tarbiyah Publication dan mempunyai 127 mukasurat. Penulis, iaitu Iman Danial Hakim telah menggarap buku ini dengan sangat tersusun dengan meletakkan tajuk-tajuk penulisannya di bawah satu tajuk besar yang lain. Sebelum bercerita tentang buku dengan lebih jauh, ingin saya meneliti dahulu latar belakang penulis yang telah menghasilkan karya yang begitu terkesan kepada pembacanya. Iman Danial Hakim adalah penulis muda daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Tulisan beliau pernah dimuatkan dibeberapa buku antologi dan beliau aktif menulis karya-karya eceran yang dimuatkan dalam beberapa portal, majalah dan akbar. Beliau ada seorang anak muda yang sangat minat kepada buku sehingga beliau digelar sebagai bibliomaniac yang gagal sembuh dari penyakitnya. Terbitnya buku ini adalah kerana, kata penulis sendiri "Malaysia kekurangan bahan bacaan yang membicarakan khusus tentang buku. Justeru saya mengambil inisiatif untuk menulis buku ini; dengan harapan para pencinta buku yang lain terinspirasi untuk menukilkan pengalaman mereka pula". Jadi, buku ini jelasnya menceritakan pengalaman penulis sendiri dalam menjejaki buku dan mendalami buku-buku yang dibaca. Buku ini terkandung lebih daripada 10 cerpen yang telah diklasifikasikan mengikut temanya tersendiri. Antaranya "Wacana dan kembara buku","Aku Mahu Membaca 1000 Tahun Lagi", "Wacana Indonesis", dan "Ada Apa Dengan Buku?". Tajuk-tajuk tersebut mengandungi pengalaman-pengalaman penulis sepanjang mengembara, cerita travelog dan ulasan-ulasan buku yang dibaca. 

Pengalaman-pengalaman beliau dalam mencintai buku amat membuatkan saya kagum. Ada satu perkongsian, penulis menyertai cabaran membaca 32 buah buku yang dianjurkan setelah penganjur melihat gambar mengenai Sally, gambar tersebut tertulis "Sally has 32 book. She reads 32 books. What does she have now? Happiness. Sally has Happiness!". Melalui cabaran ini, menunjukkan yang penulis sangat meminati buku dan mempunyai semangat yang luar biasa.  Dalam ulasan-ulasan beliau mengenai resensi buku pula, buku-buku yang disarankan sangat menarik dan ulasan buku tersebut mendalam dan membuatkan pembaca turut ingin mendapatkan buku-buku tersebut. Seterusnya pengalaman beliau dalam mengembara dan tempat yang paling utama dijejakinya adalah kedai-kedai buku. Secara tidak langsung, penulis telah memperkenalkan banyak kedai-kedai buku yang boleh dikunjungi. Melalui pembacaan mengenai pengembaraan beliau pula membuatkan saya membenarkan kata-kata "Reading is like traveling without moving your feet". Setiap kali membacanya pengalaman-pengalaman beliau di sana, saya dapat membayangkan diri saya turut berada di tempat yang diceritakan. Kesimpulannya, buku ini membuatkan pembaca mahu membaca 1000 tahun lagi.

Suria : 0838 | Khamis | Malacca



Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...