Skip to main content

Kalam berbicara

" Ku biar kalam berbicara
meluah maksudnya dijiwa
agar mudah ku mengerti segala yang terjadi
sudah suratan Illahi

Ku biarkan pena menulis
meluahkan rasa di hati
agar terubat segala keresahan di jiwa
tak pernah ku ingini "

Pernah dengar bait-bait ayat tu?
Yup, si pendengar nasyid mesti tahu. Lagu nasyid UNIC, tajuk Sahabat Sejati.
Bait kata dalam lagu ni sentiasa membuat mood menulis aku turn on. But not all the time lah.

Harini adalah 'that time'. Tambah pulak tengah bermain dengan emosi sikit.

Hubungan yang kita rasa sangat istimewa dan takkan pernah ada masalah sebab takda siapa faham kita kecuali sahabat tersebut, tapi ada masa tergoncang juga.

Yelah, manusia kan.

Aku selalu ingatkan diri sendiri, bahawa jangan jadikan manusia sebagai alasan untuk bahagia.
It should always be because of Allah.

Tapi kali ni, nafsu aku kalah jugak. Walaupun bulan Ramadhan, bisikan syaitan tu mungkin lemah. Namun tak aku sangka, iman aku lagi lemah. Allahuu...

Formula aku, menjadi kuat kerana Allah, itu adalah mujahadah.

Tapi tak bermaksud aku harus menafikan rasa down tu, so aku koyak jugalah. Nangissss....then, kembali jadi the better one than before. InsyaAllah.

and...

one of my favourite writer ada cakap, dalam nak menulis puisi...kita kena larut dalam perasaan tak kisah apa perasaan sekali pun, sedih, kecewa, hatta gembira sekali pun jika berjaya larut insyaAllah bakal boleh menulis satu puisi yang ikhlas dari hati.

So...yeah, terciptalah satu puisi malam tu.

At least rasa dan air mata aku tu tak sia-sia, ada hasil juga. :P



Maaf Manusia

Ya Allah, aku ucapkan syukran
Aku bertuah, Engkau Ar-Rahman
Segala salah ku, engkau ampunkan
Disetiap sujud dan doa ku kau beri ketenangan
Walau salah itu lagi dan lagi masih ku lakukan
Ya Allah, aku mahu bersyukur
Yang Engkau Ar-Rahim dan Al-Ghafur
Engkau masih ada dengan ku saat aku tersungkur
Salah bagaimanapun aku kau tetap akur
Memberi nikmat tanpa perlu aku bercatur

Sedarlah aku, manusia itu hanya manusia
Kerana itu aku tak perlu meletak harap padanya
Salah mu satu, dihukum sepertinya dia tak pernah berdosa
Salah tanpa sengaja, disemai lagi menjadi baja
Lalu ia membesar, berakar sukar ditarik semula
Diminta kemaafan, diberi alasan,'kau ego' katanya
Diguna ayat tuhan, meminta lagi kemaafan,'dah salah, tak perlu bersyarah' ungkapnya

Tanpa sedar, hati itu lama kelamaan lusuh
Disela tangisan kerana hati itu rapuh
Mengapa Tuhan, dosa ku kau boleh ampunkan...lalu manusia ini, salah ku di amuk-amuk kan
Tersentak aku, akhirnya dia itu hanya manusia kan
Sedar lagi aku, manusia itu insan...selalu kelupaan dan sarat kesilapan
dan segala sakit kerana kata-kata itu, aku diamkan
agar, salahku itu boleh aku hapuskan
agar, tidak aku ulang lagi kesalahan



Suria : 0808 | Isnin | Malacca | Cloudy day

Comments

Popular posts from this blog

Read, Do, Write

Assalamualaikum... Okay, setelah sekian lama. Baru nak muncul semula. As usual, masih belum dapat lagi momentum untuk menulis setiap hari. Sedangkan rule yang dah diletak seminggu sekali pun tak dapat nak follow...setiap hari, urgh jauh lagi perjalanan tu. Tapi aku ada tulis setiap hari. Tulis apa? Yup!!! research thinggy. Tak boleh nak lari... memang dah masuk ke aliran penyelidikan yang di mana, publication (writing) adalah satu perkara yang penting. Jadi kena lupa kan sekejap penulisan seperti ini (blog, fb, etc. ), untuk aku kekalkan momentum penulisan penyelidikan aku. Walaupun masih ada lagi berbaki belum tersiap, tapi alhamdulillah masih menunjukkan progress yang okay. I'm proud of you Suriati. You did a very good job! <---- cara nak keep bersemangat. Okay so, kenapa tiba-tiba rasa nak menulis blog pulak ni? Sebab terfikir sesuatu....yup! Kita bakal mahu menulis jika ada kerisauan. Nak ceritakan kerisauan, mmg terlalu banyak kerana dunia dah ma...

"Pause" in Life

Assalamualaikum, Hi. Sebelum aku makin jauh menulis. Nak ingatkan, penulisan aku hanya bertujuan untuk perkongsian. Kata ulama', terkadang manusia ni perlukan "pause" dalam kehidupan. Dengan apa? bagi muslim sudah pastinya ada jawapan dah kan? Dengan solat dan bacalah surat cinta Allah (Al-quran Al-karim) Sungguh banyak peringatan boleh kita hadam dan buat kita fikir sejenak, tujuan hidup. Tapi, untuk kita sedar lumrah yang patut kita amal tu...dari mana pulak? Salurannyan daripada peringatan dan perkongsian. Scroll....scroll....INSTAGRAM. Jumpa satu peringatan, berpatah kita pada yang Esa. Scroll....scroll....FACEBOOK. Terserempak video tazkirah, kembali kita pada Pencipta. Scroll...scroll...TWEETER. Terbaca ayat sentap, terdetik untuk beramal. Begitulah lumrah hidup di zaman manusia boleh menunduk, berbaring, tersengih, ketawa, menangis hanya dengan menghadap benda petak bercahaya tu (read : your smartphone) Jangan salah anggap, aku bu...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...