Skip to main content

Rushing for the BIGGEST night

Assalamualaikum, hi.


Dua hari lepas, jam 9.40 pm, aku dan sahabat-sahabat pilah berusrah. Online.

Kali ini pertemuan tidak semeriah pertemuan yang lepas.

Namun kami tetap teruskan, kerana terkadang kita hanya ingin memberi kata-kata,

Kepada mereka yang mungkin tidak memerlukan, tetapi memahami,

Memahami bahawa, istiqamah itu perlukan mujahadah.

Tanpa pernah memikirkan rasa putus asa walau sekali

Kata-kata, peringatan dan nasihat juga terkadang untuk diri sendiri

dan bila ia telah tersampaikan kepada yang lain, kita mula menjadi kuat

kerana kita tahu, diperjalanan mujahadah, ada mereka yang seiring

ada mereka yang bersama-sama untuk angkat apabila jatuh

ada mereka yang menahan kaki dari tergelincir, manis rasa itu...sungguh aku tak tipu.

Jadi apa yang nak dikongsikan kali ini, adalah pengisian pada malam itu. 

agar kalian turut dapat merasa sedikit, manisnya.



Aku mentadabbur Surah Al-Qadr, demi untuk mengingatkan aku dan yang mendengar,
tentang satu malam yang sangat istimewa.

Demi untuk bangkitkan semula rasa semangat untuk bertemu dengan malam yang indah, tenang lagi mulia. 

Dalam Surah As-Shad ayat 29. 

Allah berfirman yang bermaksud "(Al-quran ini) sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Nabi Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar"

Jadi sumber mana lagi yang boleh kita pertama rujuk jika bukan Al-quran.

💕 TADABBUR SURAH AL-QADR 💕

✏️Mempunyai 5 Ayat
✏️Surah Makiyyah (Diturunkan sebelum hijrah)

💡AsbabunNuzul
Menurut Dr. Wahbah Al-Zuhaily dalam tafsir Al-Munir, Rasulullah bercerita kepada para sahabat tentang seorangg tentera (lelaki) daripada bani Israel yang menyertai tentera perang dan berjihad di jalan Allah. Dia adalah askar yg paling lama berjuang iaitu selama 1000 bulan

Para sahabat amat cemburu akan lelaki itu. Maka Allah pun turunkan surah ini yang menceritakan tentang satu malam yg lebih baik drpd 1000 bulan. 


Ayat 1 : Sesungguhnya kami telah menurunkan secara sekaligus (al-quran) ini pada Malam al-qadr (kemuliaan)

✏️Al-quran diturunkan daripada luh mahfuz ke baitul izzah di langit dunia secara sekaligus. Ayat ini disokong juga dlm Surah Al-baqarah ayat 185. Lalu selepas itu baru Alquran di turunkan secara beransur ansur selama 23 tahun kepada Rasulullah SAW (nuzul quran)

Ayat 2 : Dan apakah caranya engkau dapat mengetahui kebesaran Malam al-qadr itu? 

✏️Soalan dalam ayat ini bertujuan utk menyatakan betapa besar dan mulianya malam al-qadr. Ia mengingatkan kita tentamg kehebatan ilmu Allah. Manusia tidak akan tahu, sekiranya tidak dibimbing dgn ayat2 Allah.

Ayat 3 : Malam al-qadr adalah lebih baik drpd 1000 bulan

✏️Terkait dgn asbabunnuzul surah ini. Kisah tentang lelaki bani israel tadi. Menurut Ibn Jarir, lelaki itu bangun pada malam hari untuk beribadah hingga terbit fajar. Siang hari pula pergi berjihad, awal pagi hingga petang. Amalannya itu dilakukan berterusan selama 1000 bulan. Maka Allah mengatakan malam lailatul qadr adalah lebih istimewa daripada amalan lelaki itu.

✏️Tambahan : Rasululluh menyarankan untuk selalu berdoa dengan doa yg diajar kepada Saidatina Aisyah

 "Allahumma innaka a'fuwun tuhibbul a'fwa fa'fuanni"

Ayat 4 : Pada malam itu para malaikat dan roh (jibrail) turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur urusan

✏️Malaikat akan turun, melawat dan melihat hamba Allah yg beribadah dan berdoa. Ketaatan apa yangg dilakukan dan doa apa yg dimohon, lalu diaminkan doa tersebut. Maka lakukanlah amalan yangg menjemput Malaikat untuk datang. cth : Perbanyakkan baca Al-quran, solat sunat, zikir etc

Ayat 5 : Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. 

✏️ Suasana aman, tenang dan tiada langsung gangguan dan bisikan syaitan...sepanjang malam hingga terbit fajar. Malam yang agung dan mulia ini hanya berlaku sekali setiap tahun. 
Maka rebutlah dan manfaatkannya. 

Allahua'lam
😊😊😊💕

Sumber rujukan : Tafsir Mini Surah Al-qadr. 

Nak dapatkan buku ni, boleh PM. ^^

Moga bermanfaat. Jom rushing for the BIGGEST night. 







Comments

Popular posts from this blog

Norma Manusia

Assalamualaikum... Salam Jumaat. Lagi sekali aku bermain dengan perasaan sendiri, Perlu terus menulis atau tidak hari ini? Sebab tulah ada yang kata, "Just write, don't think." Bermain lagi dengan fikiran, Aku bukan manusia alim mahupun muta'alim (leaner) yang bagus. Namun, aku berpatah semula. Kerana bila hanya makhluk yang sempurna layak menasihati, Maka, adakah perlu menunggu malaikat yang berkhutbah di mimbar. So yea, Today's topic........ Norma manusia, iaitu... kebiasaan insan biasa seperti kita. Itu jika diistilahkan daripada bahasa latin (mos) Tetapi jika didefinisikan mengikut bahasa Belanda (norm) Maksudnya kaedah yang menjadi petunjuk atau pedoman. Norma yang nak di panjang lebarkan di sini adalah yang membawa istilah kebiasaan manusia. Manusia, dicipta Allah mempunyai sifat-sifat yang tak boleh di elak. Tidak maksum (kecuali Rasulullah), tidak juga sempurna. Punya cacat cela, punya dosa. Itulah dia yang di namak...

Hero Cinta

Assalamualaikum, Hi, Salam Jumaat. Salam Cinta. Okay, hari cerah, sedikit redup tambah angin sepoi-sepoi bahasa ni, Nak berceritera tentang Cinta. Kenapa berkerut? apa cinta itu satu dosa ke untuk diperkatakan? Tiada dosanya, jika benar sandaran dan saluran. Fitrah, pernah dengar perkataan tu? Ya! Cinta itu adalah fitrah. Kalian rasa, kalian mahu, jadi kalian adalah manusia. Jika kita dilahirkan sebagai manusia, yang di mana memang atas pilihan kita sendiri, Maka bersedialah untuk merasa Cinta. Bersedialah untuk terkadang kecewa kerananya. Tapi semua tahu cinta kepada Pencipta memang tidak pernah dikecewa. Namun ada satu cinta kepada manusia, yang juga kau akan merasa bahagia. Tanpa dusta kata dan bicara. Siapakah pemilik cinta sebenar kita? HERO CINTA Cinta Ibuayah, redha Illahi Cinta Sahabat, makhluk penyeri Cinta Guru, budi pekerti Cinta Saudara, fitrah manusiawi Semuanya lahir daripada cinta Illahi Semuanya Rasul yang aja...

Rahsia

Assalamualaikum, Hi. Jom. Nak beritahu satu rahsia harini. Eh jap, maksud rahsia sesuatu yang hanya diketahui oleh orang tertentu sahaja (tidak diketahui oleh orang ramai) Okay, jadi yang singgah baca ni mungkin bakal menjadi orang tertentu tersebut. Well....if and only if lah, orang tertentu tu agak ramai (bajet ramai baca :P) Jadi perkara ni bukan rahsia dah. So, aku still nak reveal something. Aku punya fasa zaman bahagia dan zaman kegelapan dalam hidup. Itu biasa, aku yakin kalian yang membaca pun ada kisah masing-masing, Zaman kecilku adalah saat yang sering menjadi fantasi buat aku yang sekarang. Zaman remaja aku pulak, adalah zaman kegelapan aku. (well that is the 'rahsia'...yup that's it). But not gelap gelita lah. Ahah. "Dunia dewasa adalah penjara yang penuh dengan manusia rakus dengan segala sangka buruk-buruk. Dapatkah dunia naif kanak-kanak dipulangkan semula oleh hujan gerimis; dan kita berlari meredahnya tanpa sebarang wasangka...