Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

Tahu baru beritahu

Assalamualaikum, hi. Harini nak start penulisan dengan quote daripada A Samad Said. Kata beliau "Jika ingin menjadi seorang penulis, pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis" Ibaratnya nak ada output kena ada input dahulu. Bukan input dari satu sumber, dari banyak-banyak sumber, Menulis ni kita menyampaikan sesuatu kepada orang, daripada tak tahu perkara tersebut, orang jadi tahu. Jadi yang menulis tu tahu dulu daripada pembaca yang tidak tahu. Atau penulis bagi peringatan bagi yang terlupa. Jadi untuk penulis tahu, dia kena ambil tahu dulu..macamana? Dengan membaca penulisan orang lain pulak. Begitulah cycle nya berlaku. Selagi mana ada yang menulis, selagi itu maklumat atau ilmu masih boleh di akses dan disampaikan. Namun...di dunia teknologi tanpa sempadan ni, sangat laju penulisan tu sampai pada pembacanya. Jadi sangatlah penting betul-betul tahu dahulu apa yang ingin diberitahu (tul...

Sakit

Assalamualaikum, Hi. Sakit.  Boleh jadi sakit hati. Boleh jadi sakit jiwa. Boleh jadi sakit tubuh badan. Boleh jadi sakit mental. Boleh jadi sakit anggota. Sakit boleh jadi berbeza-beza pada setiap manusia. Sakit itu kritikal atau tidak, bergantung kepada badan yang menerima. Imunisasi, daya ketahanan kesakitan, dan kesabaran. Jadi, teruk tak teruk..kita yang tentukan. Hang nak jadi teghok, hang pikiaq lah yang teghok2.  Hang nak cepat elok, hang pikiaq yang elok2 ja. (Tiba keluar utagha) Tapi, most of the time. Itu adalah ujian Allah. Ingat tak ayat "Allah takkan bebankan hambanya, melebihi kemampuan hamba tersebut" Al-baqarah (286) Jadi bila hang yang terima ujian tu, maksudnya Allah tau yang hang mampu. (keluaq utagha lagi, sebab nak nasihat kasaq sikit tapi sedap didengaq) Allah dah tahu dulu dah, hang ni kuat. Hang ni boleh hadap benda tu.  Jadi, hang kena betul-betul usaha pass dalam uj...

Ikhlas

Assalamualaikum, Hi. Semakin hari, kita semakin rasa dekat dengan kematian. Ada rasa macamtu tak? Ke, rasa nak hidup lama lagi? If yes, jangan rasa serba salah. Sebab semua orang ada rasa macamtu. Ada yang nak hidup lama lagi, sebab tak puas lagi nikmati hidup Ada yang nak hidup lama lagi, sebab rasa tak cukup ibadah nak hadap Allah Ada yang masih nak hidup, sebab rasa takut nak mati Ada yang nak hidup lama lagi, sebab masih banyak tanggungjawab tak selesai Ada yang nak hidup lama lagi, sebab masih nak bersama dengan yang tersayang bla bla bla....dannn...bermacam lagi sebab. Tepuk dada, tanya hati. Adakah aku dah bersedia untuk kehidupan selepas dunia. Tapi ada juga yang tak pernah terlintas langsung nak tinggalkan dunia. Memang benar ada ulama berkata " Hidup lah kamu seperti kamu hidup selamanya...." tapi jangan lupa ada lagi pesannya " Beribadah lah seperti kamu akan mati esok" So everything need to be adil. Kejar dunia, kejar juga akh...

Contengan Jalanan : Review

Assalamualaikum. hi. Okayy, today's sharing is a book review. Buku yang ketiga. Warning awal, book review ni is a throwback version. So, buku-buku yang aku review semuanya buku yang aku baca zaman dahulu kala,suatu ketika dahulu. Kita still dekat buku Penulisan Hlovate. Memang buku Hlovate bakal menjelma beberapa kali... sebab yang menulis ni adalah kipas susah mati si Hlovate, penulis misteri. Buku harini, seperti tajuk di atas. Contengan Jalanan. My favourite. Aku rasa semua penulisan Hlovate pun aku kata favourite. Tapi this one, second fav after Versus. Buku ni unik sikit. Ada dua cover and starting. Depan dan belakang, dua-dua adalah depan and starter of the book. So, bila kita start from one side...the other side will be upside down. Then, start daripada side lagi satu...this side pulak upside down. Aku suggest nak baca, jangan depan orang ramailah. Nanti depa fikir...korg saja bukak buku padahal tak baca pun. Padahal punyelah tengah menghayati, siap meleleh air ma...

Hiduplah

Assalam...Hi, Lama tak menulis. Semakin selalu aku tuturkan kata lama tak menulis Tanda tak konsisten ni. Mohon doanya, Moga terus dapat menulis. Alhamdulillah harini kembali mahu menekan papan kekunci ni lagi. Sepanjang dua minggu lepas, dan termasuk harini aku di uji dengan nikmat kesihatan. Makan rasa tak nikmat lagi seperti dulu. Tidur rasa terganggu. Gerak jadi terkaku Senyuman kurang, kerutan selalu Ibadah perlu lebih bermujahadah Kerja, tertangguh Begitulah rasa bila ditarik nikmat yang satu tu, segala nikmat yang lain pun rasa berkurangan. Tapi aku sentiasa letak dalam hati, jika aku bersabar maka ia menjadi penghapus dosa buat aku. Makanyaaa...bertahanlah si seorang aku. Distract diri dengan perkara-perkara yang buat aku lupakan kesakitan tu. Tapi alhamdulillah, makin better. Hari ini, dikejutkan pula dengan kematian yang menghidupkan jiwa-jiwa yang menyaksikan situasi akhir hayatnya. Insan yang aku hanya kenali hanya di kaca TV, tapi tetap ...