Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Kalam berbicara

" Ku biar kalam berbicara meluah maksudnya dijiwa agar mudah ku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Illahi Ku biarkan pena menulis meluahkan rasa di hati agar terubat segala keresahan di jiwa tak pernah ku ingini " Pernah dengar bait-bait ayat tu? Yup, si pendengar nasyid mesti tahu. Lagu nasyid UNIC, tajuk Sahabat Sejati. Bait kata dalam lagu ni sentiasa membuat mood menulis aku turn on. But not all the time lah. Harini adalah 'that time'. Tambah pulak tengah bermain dengan emosi sikit. Hubungan yang kita rasa sangat istimewa dan takkan pernah ada masalah sebab takda siapa faham kita kecuali sahabat tersebut, tapi ada masa tergoncang juga. Yelah, manusia kan. Aku selalu ingatkan diri sendiri, bahawa jangan jadikan manusia sebagai alasan untuk bahagia. It should always be because of Allah. Tapi kali ni, nafsu aku kalah jugak. Walaupun bulan Ramadhan, bisikan syaitan tu mungkin lemah. Namun tak aku sangka, iman aku lagi lemah. ...

Book Review : cabaranresensibuku

Assalamualaikum, hi. #cabaranresensibuku YUP, aku masih menggunakan alasan yang sama untuk menulis hari ini aku sertai cabaran menulis resensi buku tanpa berniat nak kejar hadiah pun saja aku kira, dengan menggunakan alasan ni aku boleh dapat 2in1 manfaat pertama aku bakal paksa diri untuk habiskan pembacaan, yelah nak review kan kedua aku paksa diri menulis, untuk isi-isi review yang boleh memberi manfaat dan buatkan orang nak membaca buku tersebut. So, cabaran ulasan buku kali ini dianjurkan oleh karayawan_books yang aku jumpa di laman Instagram. Sekian lama follow, baru kali ni berani nak sahut cabaran. Bukan apa, inferior sikit. Admin laman insta tu kawan zaman sekolah rendah dulu. Orang hebat tu. Budak bijak sejak kecil. Tambahan pulak isteri dia yang sama-sama jadi admin tu pun orang hebat (peguam). Jadi tak yakin pulak nak sertai mana-mana cabaran. Tapi kali ni aku sekadar nak mencari alasan untuk menulis. so yeah. Aku betul-betul cop...

Book Review (got ASEAN certificate)

Assalamualaikum, hi. Musim PKP ni, aku mencari-cari alasan untuk menulis. Mood turun naik. Berdikit-dikit dengan tulis review buku. Almaklum, banyak jugak 'contest' yang dianjurkan, So, at least boleh lah tolak naik sikit mood aku tu. Sampai satu hari, ada seseorang share...if aku tulis review any books and email kepada penyairmalaysia, aku boleh dapat sijil. walaupun aku tak berapa nak tahu apa manfaat yang sijil tu boleh beri pada aku...tapi aku gunakan itu satu lagi alasan untuk aku menulis so yea, I wrote the review and email to them, wow, within 1-2days je, I've got reply with the sijil and my name on it, proud of myself, should I? Ahah, who cares. I should proud of myself for took the opportunity and write, at least. and here is the book review, just wanna share the book that I keep repeat again and again and again if my reading mood ke laut.  so here it go ~~ (copypasting the email I wrote) Assa...

Rushing for the BIGGEST night

Assalamualaikum, hi. Dua hari lepas, jam 9.40 pm, aku dan sahabat-sahabat pilah berusrah. Online. Kali ini pertemuan tidak semeriah pertemuan yang lepas. Namun kami tetap teruskan, kerana terkadang kita hanya ingin memberi kata-kata, Kepada mereka yang mungkin tidak memerlukan, tetapi memahami, Memahami bahawa, istiqamah itu perlukan mujahadah. Tanpa pernah memikirkan rasa putus asa walau sekali Kata-kata, peringatan dan nasihat juga terkadang untuk diri sendiri dan bila ia telah tersampaikan kepada yang lain, kita mula menjadi kuat kerana kita tahu, diperjalanan mujahadah, ada mereka yang seiring ada mereka yang bersama-sama untuk angkat apabila jatuh ada mereka yang menahan kaki dari tergelincir, manis rasa itu...sungguh aku tak tipu. Jadi apa yang nak dikongsikan kali ini, adalah pengisian pada malam itu.  agar kalian turut dapat merasa sedikit, manisnya. Aku mentadabbur Surah Al-Qadr, demi untuk mengingatkan aku da...